Tujuh Pemain Olimpik Dibenar Wakili Pasukan Masing-Masing

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersetuju melepaskan sementara tujuh pemain Olimpik kebangsaan untuk mewakili pasukan bola sepak masing-masing untuk satu perlawanan Liga Super 2012 pada minggu depan.

FAM dalam satu kenyataan pada Khamis berkata persetujuan itu dicapai hasil perbincangan antara badan induk bola sepak negara itu dengan ketua jurulatih skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee.

Mohd Azrif Nasrulhaq, dari Selangor PKNS, dibenar pulang pada Khamis depan untuk menyertai pasukannya dan perlu melaporkan diri semula kepada Ong di Hotel Blue Wave, Shah Alam pada Sabtu.

Ini kerana hanya satu perlawanan berlangsung pada Jumaat iaitu pasukan Selangor PKNS bertemu Sabah di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya manakala pasukan lain akan beraksi pada keesokan harinya.

Enam lagi pemain iaitu Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), K. Gurusamy (Selangor), Ahmad Shakir Ali (Negeri Sembilan), Ahmad Fakri Saarani (Felda United) dan dua pemain Terengganu iaitu Mohd Zubir Mohd Azmi dan Mohammad Muslim Ahmad dibenar pulang pada Jumaat dan melaporkan diri semula pada Ahad.

Skuad Olimpik negara akan memulakan kempen kelayakan Olimpik pusingan ketiga peringkat kumpulan dalam perlawanan keempat musim 2012 menentang Bahrain di tempat lawan 5 Feb nanti. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan