Sea Keong, Haidar Sertai Pasukan OCBC Singapura

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pelumba basikal kebangsaan akan beraksi bersama pasukan pertama Singapura yang dilesenkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) pada kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) bermula 24 Februari ini.

Ahmad Haidar Anuawar dan Loh Sea Keong, kedua-duanya berusia 26 tahun, dan pelumba Australia Nick Squillari merupakan pelumba asing pertama OCBC Singapore Continental Cycling Team.

Menurut kenyataan media pasukan itu, kedua-dua pelumba tersebut akan meneruskan latihan mereka di Malaysia dan menyertai pasukan ketika menjalani latihan utama dan perlumbaan.

"Matlamat kami adalah untuk menjadi antara pasukan teratas di Asia Tenggara.

Menerima lesen Continental Team satu batu loncatan bagi kami. Ini mencerminkan kemajuan yang dicapai pasukan sejak tiga tahun lepas.

"Saya percaya kami telah membawa masuk satu campuran pengalaman dan kemahiran yang berpotensi untuk berkembang sebagai pasukan yang kuat bagi bersaing dalam sirkit UCI," kata pengurus pasukan Justin Cheong.

Mengakui pasukan itu masih mentah, Cheong berkata pemberian lesen tersebut membolehkan mereka membentuk pasukan selain mempunyai lebih banyak peluang untuk meraih kejayaan sepanjang tahun ini.

Ahmad Haidar merupakan anggota skuad kebangsaan sejak 2007 dan berlumba untuk LeTua Cycling Team (L2A) dari 2004 hingga 2008 sebelum menyertai Marco Polo Cycling Team dari Hong Kong dari 2008 hingga 2010.

Sementara itu, Loh yang mula berlumba secara profesional pada 2005, berkayuh untuk pasukan kebangsaan sejak 2006 dan merupakan pelumba Marco Polo Cycling team dari 2008 hingga 2011.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan