Pasukan Lumba Basikal Wanita Negara Giat Berlatih Hadapi ACC

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan lumba basikal wanita negara kini giat berlatih bagi menghadapi Kejohanan Lumba Basikal Asia 2012 (ACC 2012) bulan depan.

Jurulatih lumba basikal kebangsaan, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata setiap hari enam pelumba berkayuh sejauh 100 hingga 140 kilometer di kawasan Tasik Kenyir Hulu Terengganu bagi menambah stamina.

"Dari segi kayuhan, ketahanan mental dan kekuatan pelumba-pelumba wanita nampak ada banyak peningkatan dalam masa latihan berbanding sebelum ini," katanya.

Beliau berkata pasukan lumba basikal negara yang sebelum ini berlatih di Melaka berhimpun di sini sejak 1 Jan lalu untuk menjalani latihan fasa keempat yang menekankan latihan di lebuh raya.

Syed Mohd Hussaini berkata pasukan tersebut akan memasuki latihan fasa seterusnya sehingga kejohanan diadakan di Kuala Lumpur mulai 21 Jan ini.

Beliau berkata berkata peluang skuad wanita negara untuk memenangi perlumbaan agak sukar memandangkan kejohanan itu disertai pelumba bertaraf dunia.

"Kalau ada pencapaian, itu bonus kepada pasukan dan negara," katanya sambil mengharapkan anak buahnya akan memberi saingan sengit kepada peserta lain di kejohanan itu nanti. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan