Lima Bekas Juara LTDL Di Garis Mula Di Putrajaya

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Buat kali pertama dalam sejarah penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL), edisi kali ini akan membariskan lima bekas juara keseluruhan di garisan permulaan LTdL di Putrajaya pada 24 Februari depan.

Mereka ialah juara keseluruhan tahun 2003, Tom Danielson, Freddy Gonzalez (2004), Anthony Charteau (2007), Jose Rujano (2010) dan Jonnatha Monsalve (2011), yang akan mencuba mencari gelaran kedua.

Untuk rekod, hanya Paolo Lanfranchi yang berjaya meraih kejuaraan individu keseluruhan LTdL sebanyak dua kali iaitu pada 1999 dan 2001.

"Tiada pengiktirafan yang lebih besar selain melihat bintang pelumba kembali bersaing. Kehadiran lima bekas pemenang ini sekali lagi menjadi bukti mereka mempunyai memori manis di Malaysia," kata ketua pegawai operasi LTdL 2012, Emir Abdul Jalal dalam satu kenyataan, Jumaat.

Sementara itu, Danielson dalam kenyataan itu menyatakan perasaan teruja untuk berlumba sekali lagi dalam LTdL.

"Jelajah ini cukup dekat di hati saya. Saya mencipta karier di situ," kata Danielson, yang memulakan kariernya dengan perlumbaan berbasikal bukit sebelum beralih kepada acara jalan raya ketika dia muncul juara LTdL 2003 pada usia 25 tahun.

Prestasi pada LTdL 2003 itu telah membolehkan beliau membina karier bersama pasukan handalan Fassa Bortolo, Discovery Channel dan Garmin.

Edisi ke-17 LTdL dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sebagai kesinambungan perlumbaan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada 2010 dan 2011.

Perlumbaan 10 peringkat itu akan berlangsung dari 24 Februari hingga 4 Mac ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan