Sultan Terengganu Sertai Pertandingan Kuda Lasak

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan untuk menyertai Kejohanan Kuda Lasak anjuran Kelab Ekuestrian al-Kathiri di Lembah Bidong, Setiu Sabtu ini.

Pengerusi kelab tersebut Shaikh Abdul Halim Al-Kathiri berkata ini merupakan kali pertama kejohanan seumpama itu dianjurkan oleh kelab tersebut di Terengganu.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar kepada pemberita di sini pada Rabu, pertandingan membabitkan dua kategori iaitu 80km dan 50km dengan acara pelepasan akan bermula pukul 6.15 pagi hari tersebut.

Sheikh Abdul Halim berkata beliau menjangka lebih 50 peserta tempatan akan menyertai kejohanan itu.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan