Kejohanan Boling Kebangsaan Jadi Medan Cari Pelapis

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC) akan menganjurkan Kejohanan Boling Kebangsaan dan Antara Negeri edisi ke-36 bermula 10 hingga 17 Mac ini di Sunway Mega Lanes, Petaling Jaya sebagai pentas untuk mencari bakat baru.

Setiausaha MTBC, Sidney Tung berkata kejohanan itu terbuka kepada semua pasukan negeri dan atlet yang menonjol berpeluang diserap menjadi ahli pasukan kebangsaan.

"Kejohanan ini bagus disebabkan ia memberi peluang kepada muka-muka baru untuk menunjukkan kebolehan dan kemampuan mereka dan berpeluang menggalas cabaran negara bagi kejohanan antarabangsa," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Khamis.

Tung berkata ketika iniskuad boling kebangsaan menjalani latihan harian sebelum menyertai Kejohanan Boling Antarabangsa DHC di Jepun pada 7 Feb.

Sementara itu, seorang anggota skuad kebangsaan, Aaron Kong ketika dihubungi berkata beliau tidak pasti sama ada tersenarai bagi pasukan yang akan dihantar ke Jepun itu disebabkan sesi pemilihan atlet masih berjalan.

Beliau berkata ketika ini fokusnya ialah untuk mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki pada Kejohanan Bowling Asia yang akan berlangsung di Hong Kong pada September.

"Selain pingat emas acara perseorangan, saya berharap dapat meraih emas dari acara berpasukan juga. Skuad ke Hong Kong kali ini mungkin dibarisi pemain berpengalaman, tidak seperti edisi lalu yang turut disertai dua atlet pelapis," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan