LTDL Perlu Cari Rangka Tindakan Lebih Baik Untuk Terus Relevan

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penganjuran perlumbaan berbasikal jelajah terkemuka di rantau Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL), perlu mencari rangka tindakan yang lebih baik bagi memastikan ia terus relevan dan mengekalkan prestijnya, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Tahun ini kita sudah memasuki edisi yang ke-17 dan mungkin pada penganjuran edisi ke-20 kita perlukan rangka tindakan yang baru untuk mengekalkan prestij perlumbaan LTdL di rantau ini.

"Kita tidak boleh hanya kekal dengan kategori Hors Classe sahaja. Mungkin selepas ini kita erlu kaji semula status perlumbaannya memandangkan sudah ada negara lain di Asia yang sedang cuba untuk mengatasi perlumbaan LTdL," katanya.

Mengambil contoh negara China, Ahmad Shabery berkata, negara berkenaan kini sedang giat mempopularkan acara sukan jelajah berbasikal di republik berkenaan dengan menganjurkan perlumbaan Jelajah China bermula tahun lepas.

Perlumbaan yang melibatkan 10 peringkat itu mendapat pengiktirafan status 2.2 Jelajah Dunia oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Ahmad Shabery ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan tajaan oleh Resort World Berhad kepada penganjur perlumbaan LTdL 2012 di Pusat Maritim, Precint 5 di sini, Rabu.

Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Pengerusi Genting Malaysia Berhad, Tun Mohammed Hanif Omar, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong dan Ketua Pegawai Operasi LTdL 2012 Emir Abdul Jalal.

Pada majlis itu, Resort World Berhad tampil untuk kali ke-17 sebagai penaja utama perlumbaan LTdL dan kali ini syarikat berkenaan meneruskan penajaannya dengan sumbangan bernilai RM800,000 dalam bentuk tunai dan barangan.

Selain itu, Resort World Berhad juga dipilih sekali lagi sebagai penaja Jersi Merah (Raja Bukit).

Pendakian ke Genting Highlands menjadi popular di kalangan pelumba dalam LTdL setiap tahun dan dengan darjah kecuramannya serta jarak pendakian yang panjang, pelumba perlu betul-betul bersedia menghadapi cabaran untuk tiba di garisan penamat yang terletak kira-kira 1,400 meter dari paras laut. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan