Kabinet Tentukan Tarikh Sebenar Sukma Ke-15

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tarikh sebenar kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 yang akan berlangsung di Pahang, akan ditentukan selepas mendapat kelulusan Kabinet.

Pengarah Bahagian Pengurusan Acara Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Abdul Jalil Abdullah berkata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan mencadangkan tarikh yang sesuai bagi penganjuran Sukma kepada Kabinet.

"Beberapa tarikh telah dicadangkan sebelum ini tetapi didapati kurang sesuai kerana beberapa masalah. Tarikh sebenar Sukma akan diketahui pada awal bulan depan selepas mendapat persetujuan Kabinet," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Isu kekeliruan tarikh sebenar penganjuran Sukma di Pahang timbul selepas untuk pertama kalinya bermula tahun ini, cuti pertengahan tahun bagi sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran dan cuti semester Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak sama.

Cuti pertengahan tahun bagi sekolah-sekolah ialah dari 26 Mei hingga 10 Jun sementara cuti pertengahan semester bagi IPT ialah dari 22 Ogos hingga 4 Sept.

Pada edisi terdahulu, Sukma diadakan pada cuti pertengahan tahun, iaitu antara Mei dan Jun.

Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukma Pahang, Ahmad Hairi Hussain pada Selasa, berkata negeri tersebut masih menunggu keputusan MSN mengenai tarikh sebenar Sukma.

Abdul Jalil berkata Pahang mencadangkan Sukma dianjurkan pada 29 Mei hingga 6 Jun tetapi tarikh tersebut bertembung dengan Pesta Kaamatan di Sabah yang berlangsung pada 31 Mei dan Hari Gawai di Sarawak pada 2 Jun.

"Tarikh itu kemudian ditukar kepada 5 hingga 14 Julai tetapi ini juga tidak praktikal sebab peserta yang masih bersekolah terpaksa mengambil cuti selama dua minggu untuk menyertai temasya tersebut," katanya.

Beliau berkata tarikh 5 hingga 14 Julai itu juga bertembung dengan temasya Sukan Sekolah-sekolah Asean Keempat yang berlangsung di Surabaya, Indonesia dari 28 Jun hingga 6 Julai.

"Peserta ke temasya di Surabaya adalah tajaan negeri masing-masing dan pastinya mereka lebih memberi perhatian kepada temasya tersebut berbanding Sukma. Jadi biar Kabinet tentukan tarikh sebenar Sukma," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan