Skuad Hoki Kebangsaan Elak Beraksi Sambil Lewa

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain skuad hoki kebangsaan perlu mempertingkat mutu permainan serta memperbaiki kelemahan ketika beraksi dalam perlawanan persahabatan, kata Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia Datuk Nur Azmi Ahmad.

"Mereka perlu cari kemenangan dan kelemahan yang ada harus diperbaiki segera. Kita tewas kepada China dalam dua aksi persahabatan baru-baru ini.

"Mereka perlu bertindak cepat supaya peminat sukan hoki di negara ini tidak melihat aksi mereka dalam perlawanan persahabatan itu sebagai satu perlawanan sambil lewa sahaja," katanya ketika diminta mengulas prestasi skuad hoki kebangsaan.

Perlawanan persahabatan itu antara program latihan skuad hoki kebangsaan dalam persediaan berdepan Kelayakan Sukan Olimpik di Dublin, Ireland pada 10 hingga 18 Mac depan.

Ia melibatkan lima sesi perlawanan bermula Rabu lepas hingga 20 Jan ini di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Ketika menentang China, Malaysia tewas 1-2 pada Rabu lepas dan 1-4 pada hari berikutnya.

"Ia (kekalahan kepada China) bukanlah menunjukkan bahawa pasukan kita tidak bersedia untuk menghadapi Kelayakan Sukan Olimpik di Ireland nanti. Kita ada tiga lagi perlawanan dengan China, dan diharap para pemain akan terus memberi tumpuan serta memantapkan permainan mereka.

"Jangka masa untuk menghadapi perlawanan Kelayakan Sukan Olimpik adalah begitu singkat, tinggal dalam 40 hari saja lagi," kata Nur Azmi.

Selepas China, skuad kebangsaan dijadual mengadakan perlawanan persahabatan dengan Australia dan Belanda di Perth pada penghujung bulan ini.

Mereka dijadual ke Perth pada 28 Jan dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad kebangsaan Australia sehari kemudian hingga 2 Feb, diikuti Belanda pada 4 dan 5 Feb.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan