Uranus Mencari Tempat Ketiga Dalam RLIR 2012

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Kapten perahu layar 'Uranus' dari Malaysia, Mohamad Razali Mansor yakin dapat merebut tempat ketiga teratas dalam perlumbaan kelas premier Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi 2012 (RLIR) Ke 10 yang akan tamat di sini, Sabtu.

Beliau berkata walaupun Uranus memungut keseluruhan 33 mata kesalahan (demerit), beliau masih berkeyakinan dengan dibantu oleh cuaca baik esok, akan membolehkan perahu layar Malaysia itu berada di tempat ketiga.

"Selepas pusingan pada hari Jumaat, Uranus merebut tempat kelima. Satu lagi perahu layar Malaysia, Utarid hanya mendahului satu anak tangga mengatasi kami dan Jelik II di tempat ketiga. Kami dipisahkan masing-masing satu mata sahaja," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam perlumbaan Jumaat, HiFi dari Hong Kong berada di tempat teratas diikuti oleh Hooligan (Australia), Uranus (Malaysia), Jelik 11 (Hong Kong) dan Utarid (Malaysia).

Hooligan bagaimanapun masih mendahului keseluruhan perlumbaan dengan 10 mata kesalahan, HiFi (14), Jelik 11 (31), Utarid (32) dan Uranus (33).

Pemenang keseluruhan bagi Piala Cabaran Perdana Menteri RLIR akan ditentukan dalam dua perlumbaan terakhir esok.

Tiga puluh enam pasukan dari 12 negara termasuk Jerman, England, Australia, Denmark, New Zealand, Hong Kong, Japan dan Singapura mengambil bahagian dalam kejohanan edisi ke 10 tahun ini.

Pilihan Keseluruhan (Hari Ke 4): 1. Hooligan (AUS) - 10 mata kesalahan 2. HiFI (HKG) - 14 3. Jelik II (HKG) - 31 4. Utarid (MAS) - 32 5. Uranus (MAS) - 33 - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan