Pesilat Pahang Sertai Kejohanan Terbuka Sydney Minggu Depan

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Seramai 10 pesilat negeri Pahang akan mengambil bahagian pada Kejohanan Terbuka Sydney di Australia pada 23 hingga 30 Januari ini, menurut Persatuan Silat Pahang (PSP), Jumaat.

Setiausaha PSP Othman Noh berkata kejohanan itu merupakan persiapan akhir skuad negeri sebelum menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2012 di Kuantan pada Julai ini.

Katanya berdasarkan prestasi pesliat negeri, PSP mensasarkan pungutan lima pingat emas pada SUKMA 2012 dari 5 hingga 14 Julai ini.

Bercakap kepada pemberita di sini, Othman berkata skuad negeri kini sedang menjalani latihan pesat di bawah kendalian beberapa jurulatih.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan