Hooligan Masih Dahului Saingan RLIR 2012

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pasukan Hi Fi dari Hong Kong mula memberi cabaran kepada pasukan pendahulu Hooligan dari Australia pada hari kedua perlumbaan Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2012 di sini hari ini. Pasukan Hi Fi, yang diterajui naib juara tahun lepas, Neil Pryde dari New Zealand, memenangi perlumbaan kelima kategori IRC Racing.

Sebelum itu, Hooligan, yang diketuai oleh jurumudi, Marcus Blackmore mengatasi Hi Fi pada perlumbaan keempat untuk memburu trofi Cabaran Piala Perdana Menteri.

Selepas lima perlumbaan, pasukan Hooligan masih mendahului saingan dengan enam mata penalti diikuti Hi Fi dengan sembilan mata dan pasukan Uranus dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di tangga ketiga dengan 20 mata penalti.

Tempat keempat dan kelima diduduki oleh pasukan Jelik II dari Hong Kong dan Utarid dari TLDM, masing-masing berkongsi 20 mata penalti.

Sementara itu, Blackmore berkata pasukannya bermula dengan baik pada perlumbaan keempat apabila tiupan angin yang baik tetapi terpaksa mengubah strategi apabila tiupan angin berubah pada perlumbaan kelima.

Kesemua pasukan akan meneruskan saingan dengan Cabaran Mengelilingi Pulau esok. Sebanyak 36 pasukan dari 12 negara termasuk dari Jerman, England, Australia, Denmark, New Zealand, Hong Kong, Jepun dan Singapura mengambil bahagian pada kejohanan 10-perlumbaan yang berakhir Sabtu ini. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan