17 Negara Sertai Kejohanan Perahu Layar Asia Ke-15 Di Kedah

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 17 negara telah mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Perahu Layar Asia edisi ke-15 dari 16 hingga 26 Februari ini di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan di Langkawi, Kedah.

Pengurus Besar Persatuan Perahu Layar Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata antara negara tersebut ialah Jepun, China, Korea Selatan, India, Oman, Qatar, Bahrain, Filipina, Thailand, Indonesia, Taiwan, Pakistan, Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Malaysia selaku tuan rumah.

"Hong Kong merupakan pasukan terbaru menghantar pasukan ke kejohanan ini dengan penyertaan seramai 33 pelayar. Singapura mendahului negara lain dengan 35 peserta dan pegawai manakala pasukan Myanmar turut mengesahkan untuk mengambil bahagian walaupun belum menghantar senarai nama," katanya.

Mohd Afendy berkata, MYA akan menjalankan pemilihan bagi menentukan 32 pelayar terbaik yang akan mewakili negara bertanding dalam 16 acara pada kejohanan yang pertama kali dianjurkan oleh Malaysia.

"Sesi pemilihan itu dijangka diadakan pada Kejohanan Langkawi International Regatta Perdana dari 8-12 Feb depan di Langkawi," katanya.

Beliau berkata, persatuan menyasarkan untuk meraih dua pingat emas bagi memperbaiki pencapaian lepas menerusi acara Laser Standard dan Laser 4.7 pada kejohanan Asia itu.

"Kita berharap agar pelayar elit negara, Khairulnizam Mohd Afendy mampu meraih pingat emas dalam acara Laser Standard dan bagi acara Laser 4.7, kita masih belum meletakkan calon sesuai untuk meraih pingat emas," katanya.

Pencapaian terbaik skuad kebangsaan pada kejohanan tersebut ialah meraih satu emas, dua perak dan dua gangsa pada kejohanan edisi ke-14 di Guangzhou, China pada 2008.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan