Maybank Terus Beri Sokongan Kepada Kejohanan Golf Terbuka Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Maybank pada Selasa mengikrarkan sokongan berterusan kepada kejohanan golf perdana negara, Terbuka Malaysia, dengan wang hadiah bernilai lebih RM7 juta menjadi taruhan.

"Ini adalah tahun ketujuh Maybank menggabungkan dirinya dengan Terbuka Malaysia oleh kerana kami terus teruja sebagaimana dulunya, untuk menjadi sebahagian daripada pertandingan yang cukup bersejarah dan signifikan ini," kata pengerusi Maybank Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor kepada pemberita di sini.

Tahun lepas, Maybank mengesahkan komitmennya untuk tempoh lima tahun lagi selaku penaja utama kejuaraan golf berprestij itu, berikutan kejayaan penajaan Terbuka Malaysia Maybank selama lima tahun dari 2006 hingga 2010.

Kejuaraan Golf Terbuka Malaysia Maybank 2012 akan berlangsung lagi di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) dari 12 hingga 15 April.

Antara kemuncak pertandingan tahun ini ialah kemunculan kembali pemain Jerman Martin Kaymer, pemenang Kejohanan US PGA 2010 dan pemain nombor empat dunia ketika ini; dan peserta Afrika Selatan Charl Schwartzel, johan Masters Tournament 2011.

Mereka akan mendahului barisan 156-pemain di pertandingan itu yang menawarkan sejumlah wang hadiah bernilai US$2.5 juta (kira-kira RM7.85 juta).

Sementara itu, dua pemain golf profesional Malaysia Danny Chia dan Shaaban Husin dilantik semula sebagai duta Terbuka Malaysia Maybank.

Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA) Admiral (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor mengambil perhatian bahawa bilangan pemain Malaysia di pertandingan tahun ini tidak berubah dengan 16 profesional dan enam amatur.

Pusingan kelayakan kebangsaan bagi membolehkan lima pemain tempatan menempah tempat di Terbuka Malaysia akan diadakan pada 5 dan 6 Mac. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan