Kerja Naik Taraf Stadium Hoki Sultan Azlan Shah Siap Awal Mei Ini

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kerja menaik taraf Stadium Hoki Sultan Azlan Shah sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah dijangka siap sepenuhnya awal Mei ini.

Presiden Persatuan Hoki Perak Datuk Abdul Rahim Md Arif berkata apabila siap kelak, stadium itu akan menjadi yang pertama di Asia menggunakan rumput tiruan atau 'turf' berwarna biru mengikuti spesifikasi Persekutuan Hoki Antarabangsa.

"'Blue carpet' ini yang sama akan digunakan pada Olimpik di London tahun ini dan kita merancang membawa pasukan negara berlatih di Ipoh bagi memudahkan mereka menyesuaikan diri," katanya kepada media di sini, Selasa.

Katanya pada masa ini kerja seperti memasang bumbung di bahagian depan tempat duduk utama penonton giat dilakukan.

Terdahulu Sultan Perak Sultan Azlan Shah berkenan mencemar duli meninjau kerja menaik taraf stadium tersebut.

Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata kerja memasang tempat duduk berbumbung dan 'turf' baru itu menelan kos RM2.1 juta dan ditanggung sepenuhnya kerajaan negeri.

"Apabila siap kelak, stadium ini akan berwajah baru dan menyerupai stadium litar Formula 1," katanya.

Sementara itu, beliau berkata lima pasukan iaitu Australia, Pakistan, New Zealand, Belgium dan Malaysia telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan Piala Sultan Azlan Shah yang akan berlangsung dari 24 Mei hingga 3 Jun ini.

"Kami masih menunggu pengesahan dari Britain dan Belanda manakala Jerman tidak dapat menyertai kejohanan kali ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan