Kabinet Lulus Penglibatan Swasta Dalam Pembangunan Kompleks Sukan Bukit Jalil Sebagai Bandar Sukan

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Usaha menjadikan Kompleks Sukan Bukit Jalil sebagai Bandar Sukan pertama di negara ini kini boleh diteruskan apabila Kabinet pada Rabu meluluskan penglibatan Perbadanan Stadium Malaysia dan pihak swasta dalam pembangunan tersebut.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sebelum ini, Perbadanan Stadium Malaysia hanya diberi kuasa mentadbir stadium itu oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG), justeru mereka tidak boleh mengkomersialkan kawasan tersebut.

"Kita berpendapat bahawa dalam era sukan dilihat sebagai industri, kita memerlukan sesuatu yang lebih daripada sebuah stadium, tetapi bagaimana stadium itu boleh dijadikan sebagai modal untuk menjadi pusat komersial berkaitan sukan, termasuk dengan mengadakan hotel, hospital, kompleks beli-belah atau pusat perdagangan sukan, dan ini memerlukan penglibatan swasta yang besar.

"Sekarang ini, mereka tak boleh dilibatkan kerana peruntukan undang-undang, misalnya pajakan yang diberikan kepada perbadanan hanya 30 tahun menyebabkan tiada pihak yang mahu melabur, jadi semalam Kabinet telah meluluskan supaya perkara ini dibuka kembali bagi membolehkan penglibatan swasta dan perbadanan dalam pembangunan stadium ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Galeri dan Kalendar Acara Sambutan Hari Belia Negara 2012 pada Khamis.

Mengenai sambutan lima hari bermula 23 Mei depan, Ahmad Shabery berkata beliau yakin sasaran menghimpunkan dua juta belia dapat dicapai memandangkan jumlah acara turut dipertingkat kepada 500 berbanding 200 acara tahun lalu.

Beliau berkata semua acara itu akan dibentangkan dalam 33 segmen yang berbentuk pertandingan, kerohanian dan keilmuan serta persembahan, pertunjukan dan penerokaan bidang baru yang memberi lebih peluang kepada golongan belia menyertainya.

"Kita akan jadikan acara ini sebagai satu jenama besar kepada golongan belia supaya bila sebut Hari Belia, ia adalah hari untuk mereka dan mereka sepatutnya menggunakan kesempatan itu untuk meluahkan perasaan, kehendak, harapan, aspirasi dan sebagainya," katanya.

Dalam pada itu, mengulas perhimpunan haram Isnin ini, Ahmad Shabery berkata beliau tidak tahu asas ia diadakan kerana mahkamah yang sama telah menghukum dan membebaskan ramai pihak sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang.

"Adakah asas dia untuk menakut-nakutkan hakim atau mahkamah? Ini adalah tindakan di luar batasan kewajaran cara kita berfikir kerana selama ini, kalau ada perbezaan pendapat, kita pergi ke mahkamah.

"Ini adalah sistem yang kita percaya, maka tidak sewajarnya kita melakukan sesuatu yang bersifat mengugut mahkamah, meletakkan mahkamah itu dalam keadaan yang serba salah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan