Sazali Sasar Baiki Kedudukan Pada Kejohanan Bina Badan Terbuka Qatar Januari Ini

Diterbitkan: Sabtu, 31 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara Mr Universe tujuh kali Sazali Abdul Samad menyasarkan untuk memperbaiki kedudukan beliau pada Kejohanan Bina Badan Terbuka Qatar pada 6 hingga 7 Jan ini.

Sebelum ini beliau meraih tempat ke-15 pada 2004 menerusi kategori bantamweight (65kg) dan tempat keenam pada 2008 menerusi kategori lightweight (70kg) pada kejohanan sama.

Anggota polis berpangkat Sub-Inspektor berusia 44 tahun itu berkata beliau kini giat menjalani latihan di Gimnasium Majlis Sukan Negara (MSN) dan Gimnasium Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman untuk memastikan beliau dapat meraih kedudukan lebih baik pada kejohanan itu.

"Cabaran untuk saya pada kejohanan tersebut bukan mudah kerana penganjur hanya mempertandingkan kategori terbuka sahaja dan saya harus bersaing dengan peserta daripada kategori lain," katanya kepada pemberita selepas menjadi peserta undangan pada Kejohanan Bina Badan Mr Gym 1Malaysia di Seri Kembangan, dekat sini, Sabtu.

Hampir 70 peserta tempatan menyertai kejohanan sehari anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persekutuan Bina Badan Malaysia dan Kelab Gym 1Malaysia Kampung Pandan.

Majlis penutupan kejohanan itu disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa dan Pengurusan) KBS Datuk Jamil Salleh.

Ditanya mengenai kejohanan yang bakal disertainya tahun depan, Sazali yang juga juara Mr Asia tujuh kali, berkata beliau masih menunggu maklumat lanjut daripada Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF).

"Setakat ini, saya masih belum menerima sebarang berita mengenai jadual kejohanan bina badan tahun depan, jadi saya akan menyertai kejohanan-kejohanan yang terdekat sahaja," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan