Negeri Sembilan Kuasai Pesta Tinju Antarabangsa Pulau Pinang 2011

Diterbitkan: Sabtu, 31 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Jaguh tinju kebangsaan, Khir Akyazlan Azmi muncul juara Pesta Tinju Antarabangsa Pulau Pinang 2011 malam Jumaat.

Pemilik pingat gangsa Sukan SEA Palembang itu memperolehi kemenangan mudah bagi kategori 69kg apabila pencabarnya peninju tuan rumah B. Vuthaya tidak mampu meneruskan perlawanan kerana kecederaan. "Saya tetap berpuas hati dengan kemenangan ini biarpun hanya beraksi dalam masa kurang daripada 15 minit," katanya kepada Bernama.

Tiga peninju kebangsaan lain iaitu Mohd Hanafi Fairus, Abd Awadullah Adnan dan Mohamad Fuad Mohamad Ridzuan menjuarai kategori masing-masing pada kejohanan bertaraf antarabangsa itu.

Mohd Hanafi dalam kategori 75kg mengalahkan pencabarnya B. Kubendhran dari Pulau Pinang dengan kiraan mata 21-19, Abd Awadullah mengalahkan Sarawut Phongkartip dari Thailand (11-8) kategori 64 kg manakala Mohamad Fuad menewaskan Japsada Yanghi juga dari Thailand (20-9) bagi kategori 49kg.

Abd Awadullah berkata kemenangan itu mengubat kekecewaanya apabila hanya mampu melangkah ke separuh akhir tanpa meraih sebarang pingat dalam Sukan SEA di Palembang bulan lepas.

"Untuk kejohanan ini saya membuat persediaan selama sebulan dan berjaya merangkul kemenangan hatrik bagi tiga siri pertarungan menentang peninju dari Perak, Singapura, dan Thailand," katanya.

Keputusan lain:

Kategori 46kg; Mohd Mulyazie Riduan (KUL) mn Mohamad Amirul Asraf (PEN) (14-10).

Kategori 52kg; Arifiqanie Rahman (NS) mn Mohd Harnurdeen Mustafa (SING) (17-20)

Kategori 81kg; Syafiq Abdul Samad (SING) mn Khir Akyazli Azmi (PRK) (20-11)

Kategori 56kg; Topaz Rianda (INDON) mn Akkalak Huhghari (THAI) (10-6)

Kategori 60kg; Rafael Mikael L. Rahman (PP) mn Mohd Rizal Pardede (INDON) (14-10)

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan