Terengganu Mahu Guna Khidmat Petinju ATM Pada Sukma Tahun Depan

Diterbitkan: Selasa, 27 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Persatuan Tinju Amatur Terengganu (PTAT) bercadang menggunakan khidmat petinju Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menghadapi persaingan Sukan Malaysia (Sukma) tahun depan.

Setiausaha PTAT Razali Mamat berkata ini berikutan Terengganu masih belum memiliki petinju bagi kategori 75 kilogram dan ke atas yang dipertandingkan di sukan dwitahunan itu.

"Kita cuma ada petinju-petinju bagi kategori bawah 75 kilogram sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Isnin.

Menurut Razali, pihaknya sedang berunding dengan ATM berhubung perkara itu kerana ATM tidak akan mengambil bahagian dalam Sukma akan datang.

Katanya untuk Sukma tahun depan, Terengganu akan menghantar sembilan petinju termasuk dua petinju yang bakal dipinjam daripada ATM jika rundingan itu berjaya.

Beliau berkata petinju PTAT telah dihantar menyertai beberapa kejohanan dengan yang terbaru pesta tinju antarabangsa Pulau Pinang dari semalam hingga 30 Disember ini.

Katanya penyertaan mereka dalam pelbagai kejohanan adalah untuk menimba lebih banyak pengalaman. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan