Atlet Paralimpik Pamer Komitmen Tinggi Walaupun Tidak Capai Sasaran Pingat

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Atlet elit paralimpik Malaysia telah mempamerkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi pada temasya Sukan Para Asean di Solo, Indonesia, walaupun mereka gagal mencapai sasaran pingat yang ditetapkan, kata ketua kontinjen negara Datuk Borhan Dollah.

"Atlet kita turun dengan penuh semangat. Mereka telah memberikan komitmen yang tinggi. Walaupun mereka gagal mencapai sasaran yang telah ditetapkan tetapi saya berbangga dengan pencapaian mereka.

"Walaupun terdapat juga provokasi oleh peminat tempatan seperti yang berlaku pada Sukan SEA, saya sering kali mengingatkan atlet supaya menguatkan ketahanan menta mereka," katanya kepada pemberita sejurus tiba dari Solo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Rabu.

Kontinjen negara yang terdiri daripada 180 orang atlet dan pegawai menyertai edisi keenam temasya dwitahunan bagi atlet orang kelainan upaya (OKU) bagi rantau Asia Tenggara itu.

Walaupun sasaran awal kontinjen ialah 57 pingat emas, pada temasya kali ini yang berlangsung dari 12 hingga 20 Dis lepas, kontinjen negara membawa pulang sejumlah 51 pingat emas, 35 perak dan 42 gangsa.

Sementara Thailand kekal sebagai juara keseluruhan dengan 115 pingat emas, 94 perak dan 71 gangsa mendahului tuan rumah, Indonesia yang mengumpul 107 emas, 99 perak dan 83 gangsa.

Borhan berkata sebaik selesai beraksi pada temasya Sukan Para Asia di Guangzhou, China tahun lepas, atlet-atlet negara tidak banyak menyertai mana-mana kejohanan sukan dan mereka hanya menumpukan kepada latihan sahaja.

"Sasaran pingat emas yang kita buat (57 pingat emas) untuk Sukan Para Asean itu adalah berdasarkan kepada prestasi atlet kita semasa di Sukan Para Asia," katanya.

Mengenai insentif Skim Hadiah Kecemerlangan Sukan (Shakam) yang kurang daripada Shakam Sukan SEA, Borhan berkata jumlah yang akan diberikan kepada atlet adalah setimpal.

"Saya lihat Sukan Para Asean adalah jauh berbeza statusnya daripada temasya sukan atlet normal dan dalam hal ini, jumlah yang diberikan itu saya lihat sebagai adil," katanya.

Untuk rekod, melalui anugerah Shakam, pemenang pingat emas Sukan Para Asean akan menerima imbuhan berjumlah RM5,000 dan jumlah penuh itu akan diterima sekiranya acara sukan yang disertai melibatkan lebih lapan peserta.

Seramai 120 atlet elit paralimpik Malaysia telah mengambil bahagian dalam 10 acara daripada 11 yang dipertandingkan iaitu olahraga, memanah, badminton, goal ball, powerlifting, renang, ping-pong, bola tampar duduk, tenis berkerusi roda dan tenpin boling.

Malaysia tidak mengambil bahagian dalam acara catur. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan