Stadium Sultan Mizan Dibaiki Awal Tahun Depan

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang terbiar akibat struktur bumbungnya runtuh dua tahun lalu akan mula dibaiki awal tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata kerajaan negeri mengambil keputusan tersebut setelah mendapati semakin banyak kerosakan berlaku pada stadium tersebut akibat terlalu lama terbiar.

"Kita akan mula baiki kawasan padang sebelum membaiki bahagian bumbung stadium," katanya kepada pemberita.

Stadium berkenaan mengalami kerosakan apabila bumbung utama di tempat duduk orang kenamaan runtuh setahun selepas ia digunakan untuk kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) pada tahun 2008.

Selain padang bola sepak, stadium itu juga mempunyai gelanggang skuasy dan boling.

Ahmad berkata kerja membaiki bumbung stadium akan mengambil masa kerana banyak struktur telah rosak dan memerlukan reka bentuk baru.

"Kita tidak akan buat bumbung biasa dan mungkin kita akan buat bumbung seperti bumbung Stadium Bukit Jalil (di Kuala Lumpur) yang lebih ringan," katanya. Mengenai kos baik pulih, beliau berkata ia belum dipastikan lagi.

"Apabila kerja membaik pulih padang siap kelak, aktiviti bola sepak akan dapat dilangsungkan di stadium itu, tetapi hanya pada siang hari kerana stadium berkenaan masih mengalami masalah lampu limpah," tambahnya.

Katanya Jabatan Kerja Raya akan mengeluarkan tender sebut harga untuk kerja-kerja berkenaan dalam masa terdekat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan