Rakyat Malaysia Perlu Lebih Peka Terhadap Pencapaian Atlet OKU

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SOLO: Penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Tun Jeanne Abdullah berkata semua rakyat dan media Malaysia hendaklah memberi sokongan padu dan lebih peka dengan perkembangan dan pencapaian atlet paralimpik negara.

Merujuk temasya Sukan Para Asean yang sedang berlangsung di Solo, Indonesia, beliau berkata walaupun atlet paralimpik terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU) mereka tetap atlet kebangsaan dan berkerja keras mengharumkan nama negara di persada sukan antarabangsa.

"Adalah tidak adil sekiranya hanya atlet normal dijulang dan disebut-sebut sebagai wira negara dan mendapat perhatian meluas daripada media negara sebaliknya atlet OKU seakan dipinggirkan walaupun berjaya mencipta nama di peringkat dunia.

"Mereka juga atlet kebangsaan dan seharusnya turut diterima sebagai ikon masyarakat kerana pengorbanan, usaha dan kepayahan yang dilalui atlet paralimpik lebih besar nilainya daripada atlet normal," katanya.

Beliau berkata nilai moral seperti kesungguhan, kecekalan, sanggup bersusah payah, semangat kebangsaan dan tidak kenal erti putus asa yang ada pada atlet paralimpik seharusnya dijadikan teladan masyarakat Malaysia dalam membina kerjaya mahupun kehidupan seharian.

Katanya masyarakat Malaysia, yang berhasrat menjadi sebuah negara maju, seharusnya lebih menghargai warga OKU kerana tahap penghargaan berkenaan boleh dijadikan sebagai 'kayu ukur' terhadap nilai-nilai sesebuah masyarakat.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan