KPN Mahu Lebih Ramai Atlet PDRM Bertanding Di Peringkat Kebangsaan, Antarabangsa

Diterbitkan: Ahad, 18 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berharap lebih ramai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat diketengahkan dalam pelbagai bidang sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

"Kita perlu mengembalikan zaman kegemilangan itu dengan mengadakan pelbagai aktiviti sukan," katanya pada majlis penutupan Kejohanan Olahraga dan Tarik Tali Piala Ketua Polis Negara 2011 di Stadium Mini Majlis Sukan Negara Bukit Jalil pada Sabtu.

Beliau anggota PDRM perlu mencontohi langkah atlet kebangsaan yang menyertai pelbagai acara sukan suatu masa dahulu serta menyarankan mereka mewujudkan kesimbangan antara kerja dan gaya hidup sihat.

Katanya, sebagai penguat kuasa undang-undang, anggota polis sentiasa berdepan tekanan dan oleh itu, mereka perlu memberi perhatian kepada kesihatan diri agar tidak menjadi mangsa bebanan kerja.

Seramai 800 atlet mengambil bahagian dalam 28 acara pada kejohanan dwitahunan ke-32 itu.

R.Venugopal dan Noor Amelia Musa dari Kontinjen Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol KL) dipilih olahragawan dan olahragawati terbaik manakala Kontinjen Selangor menjuarai kejohanan itu, Pulapol KL di tempat kedua dan Kontinjen Kuala Lumpur (ketiga). - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan