Chu Sian Jadikan Tiga Kejohanan Antarabangsa Sebagai Persediaan Ke Olimpik 2012

Diterbitkan: Ahad, 18 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemanah kebangsaan Cheng Chu Sian akan menjadikan tiga kejohanan bertaraf antarabangsa sebagai medan pemanas badan bagi menghadapi Sukan Olimpik London Ogos depan.

Tiga kejohanan tersebut ialah Kejohanan Grand Prix Asia pertama di Bangkok dari 15-19 Feb, Kejohanan Piala Dunia pusingan pertama di Shanghai, China dari 10-15 April dan Kejohanan Piala Dunia pusingan ketiga yang juga kelayakan terakhir ke Olimpik di Ogden, Amerika Syarikat dari 17-23 Jun depan.

"Saya tidak mahu menjanjikan sebarang sasaran spesifik tetapi saya berjanji untuk memberi persembahan yang terbaik pada ketiga-tiga kejohanan tersebut," katanya kepada Bernama di sini Sabtu.

Penamah berusia 25 tahun itu yang baru dinobatkan sebagai penerima anugerah Olympian of the Year 2011 semalam berkata beberapa pemanah terbaik dunia dijangka akan memberi saingan pada kejohanan itu nanti.

"Jurulatih kebangsaan (Lee Jae Hyung) tidak mahu memberi tekanan kepada saya untuk meraih keputusan terbaik disebabkan penyertaan pemanah dari negara luar tetapi beliau meminta saya mengekalkan prestasi terbaik saya ketika ini," katanya.

Mengulas mengenai persediaan untuk menghadapi ketiga-tiga kejohanan tersebut, pemenang dua pingat emas Sukan Sea Indonesia itu berkata beliau dan beberapa pemanah kebangsaan yang lain kini giat menjalani latihan pusat di padang latihan memanah, Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil.

"Peserta wanita kebangsaan turut dijangka menyertai ketiga-tiga kejohanan tersebut memandangkan tiada wakil wanita negara kita yang layak ke Olimpik tahun depan," katanya.

Sehingga kini, hanya Chu Sian dan dua lagi pemanah negara iaitu Haziq Kamaruddin dan Khairul Anuar Mohamad yang layak secara merit ke Sukan Olimpik London setelah mengalahkan trio Poland pada acara recurve berpasukan pada Kejohanan Dunia di Torino, Itali, Julai lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan