Sukan Para Asean: Hemala Sumbang Emas Pertama Negara

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SOLO: Atlet lontar lembing paralimpik negara, Hemala Devi Enikutty tidak menyangka menjadi penyumbang pingat emas pertama negara menerusi acara lontar lembing wanita kategori F12 (cacat penglihatan) pada hari pertama temasya Sukan Para Asean Keenam yang berlangsung di Stadium Manahan, Jumaat.

Hemala Devi, 21, mendahului empat peserta lain dengan lontaran 21.59 meter, manakala pingat perak bagi acara tersebut menjadi milik atlet paralimpik Filipina Rosalie Torrefind dengan lontaran 20.26 meter dan perak milik Dayang Nohensan dari Brunei (14.92m).

Beliau berjaya mencipta rekod baru dengan memadam rekod 10 tahun yang sebelum ini dicipta Siti Hadijah Abu Bakar (16.12m) dari Malaysia pada edisi di Kuala Lumpur pada 2001.

"Saya rasa terkejut dan gembira kerana dapat meraih sebutir pingat emas hari ini setelah lima tahun tidak beraksi dalam acara tersebut kerana memberi tumpuan kepada acara kegemaran iaitu lontar peluru dan lontar cakera yang akan bermula esok," katanya.

Atlet paralimpik berasal dari Johor itu berkata pada mulanya beliau hanya meletakkan sasaran pingat perak bagi acara lontar lembing.

"Saya yakin mampu menyumbang dua lagi pingat emas esok memandangkan bahawa ia merupakan acara kegemaran saya," katanya lagi.

Hemala Devi mengucapkan terima kasih kerana Majlis Sukan Negara (MSN) telah menyediakan program latihan lengkap di bawah projek Paralimpik London 2012.

"Kejayaan yang saya raih ini bukan untuk diri saya, sebaliknya buat seluruh rakyat Malaysia khusus warga Orang Kelain Upaya (OKU) agar ia menjadi teladan yang baik kepada mereka," katanya.

Beliau berkata harapannya selepas ini adalah untuk mara ke kejohanan sukan yang lebih tinggi iaitu Temasya Sukan Paralimpik London pada tahun 2012.

"Menjadi harapan saya dan semua atlet paralimpik lain untuk mara ke peringkat Paralimpik dan saya harap mampu mencapainya nanti," katanya.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyampaikan pingat kepada pemenang. Hadir sama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Zolkples Embong.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan