MPM Ajak Badan Sukan Sertai Usaha Lahir Bakat Baru Sukan OKU

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SOLO: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengajak badan-badan sukan di Malaysia menyertai usaha melahirkan lebih ramai bakat bagi pembangunan sukan paralimpik.

Presidennya, Datuk Zainal Abu Zarin berkata, sebelum ini hanya MPM dan Majlis Sukan Malaysia (MSN) sahaja yang terlibat secara langsung dalam menjayakan usaha itu, namun ia masih belum mencukupi.

"Usaha menjayakan program Gerakan Paralimpik Negara 2020 perlu segera diperkasakan demi memantapkan lagi perkembangan sukan orang kelainan upaya (OKU) di negara ini (Malaysia)," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Zainal berkata, dengan pembabitan badan-badan sukan nanti, pencarian bakat baru di peringkat akar umbi dapat diperkemaskan kerana MPM mahupun MSN tidak mampu melakukannya tanpa bantuan badan sukan yang dilihat lebih dekat dengan warga OKU.

"MPM akan menganjurkan satu bengkel khas di ibu negara (Kuala Lumpur) dalam masa terdekat sebagai langkah awal membina kesedaran kepentingan sukan paralimpik dalam kalangan masyarakat," katanya.

Zainal berkata, jika dibandingkan dengan negara seperti China, kesedaran masyarakat Malaysia khususnya warga OKU dan badan sukan terhadap kepentingan usaha tersebut masih rendah.

Zainal berkata, MPM memuji kerajaan melalui Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dan MSN yang sentiasa peka dengan kepentingan sukan warga OKU dan tidak putus-putus membantu MPM selama ini.

Mengenai penganjuran Temasya Sukan Para Asean 2011, beliau memuji kesungguhan penganjur walaupun kemudahan infrastruktur yang disediakan adalah sederhana.

"Saya memuji sikap keterbukaan penganjur dalam menerima teguran ke arah pembaikan walaupun ini adalah kali pertama Indonesia menganjurkan temasya dwi tahunan ini," kata Zainal yang juga Presiden Persekutuan Sukan Para Asean.

Beliau berkata, usaha menaik taraf temasya sukan itu ke tahap lebih tinggi sentiasa menjadi keutamaan pihaknya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan