Hanifah Mahu Atlet Ski Air Lebih Pendedahan Bertanding Di Luar

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Selepas melihat prestasi dan potensi atlet-atlet sukan luncur air pada temasya Sukan SEA ke-26 di Indonesia, Hanifah Yoong mahu membawa atlet muda sukan itu menyertai pertandingan yang lebih besar di luar negara.

"Kita sudah mencapai banyak kejayaan di rantau Asia Tenggara, selain meraih empat pingat emas di Sukan SEA baru-baru ini. Kejayaan itu boleh dikatakan telah capai sasaran kita (Persekutuan Luncur Air dan Wakeboard Malaysia) untuk menuju ke peringkat Asia pula.

"Bermula sekarang, kita perlu menghantar atlet-atlet kita mengambil bahagian atau berlatih di luar negara. Kalau kita hanya tumpu kepada pertandingan di rantau ini, kita tidak dapat menilai prestasi sebenar mereka," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Hanifah, jurulatih acara luncur air dan juga penasihat Persekutuan Luncur Air dan Wakeboard Malaysia, (MWWF) ditemui pada majlis jamuan tengah hari untuk meraikan kejayaan skuad luncur air di temasya Sukan SEA lepas bersama Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Samsudin Osman di sini, hari ini.

Skuad ski air negara, menjadikan Pusat Sukan Air Putrajaya di Precint 6 sebagai lokasi pusat latihan mereka sejak tahun 2008.

Hanifah berkata antara lokasi latihan di luar negara yang mungkin dapat digunakan sebagai tempat latihan ialah Florida (Amerika Syarikat), Perancis dan United Kingdom.

"Ketiga-tiga venue ini adalah tempat yang baik untuk pembangunan luncur air. Di sana banyak pertandingan luncur air mengikut peringkat umur yang bertaraf tinggi kerap dijalankan.

"Untuk tujuan itu, kami memerlukan sokongan padu daripada kerajaan dan berharap dapat menjalin kerjasama dengan pihak korporat. Secara langsung ia akan membantu kita (MWWF) merealisasikan sasaran untuk menjadi antara yang terbaik di dunia," katanya.

Hanifah berkata program latihan untuk tahun depan telahpun bermula sebagai persediaan menghadapi beberapa kejohanan besar antaranya Moomba Masters (kategori bawah 17 tahun) di Melbourne, Australia pada 7 hingga 12 Mac.

Selain itu ialah Sukan Pantai Asia di Haiyang, China pada 16 hingga 22 Jun dan Kejohanan IWWF Asia di Korea Selatan pada Ogos.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan