Ahmad Shabery Yakin Malaysia Mampu Capai Sasaran

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SOLO: Menteri Belia Dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan misi kontinjen paralimpik negara untuk membawa pulang 57 pingat emas di temasya Sukan Para Asean Keenam 2011 di sini sebagai sasaran realistik dan boleh dicapai.

Beliau berkata keupayaan atlet paralimpik terbukti apabila mereka berjaya meraih lima pingat emas pada hari ini, iaitu tiga dari acara olahraga dan dua lagi dari acara renang.

"Ini membuktikan bahawa atlet paralimpik kita mempunyai keupayaan untuk cemerlang dalam punggutan pingat namun pada masa yang sama kita tidak mahu terlalu ghairah dalam memburu pingat kerana negara tuan rumah (Indonesia) mempunyai kelebihan yang sendiri," katanya.

Beliau berkata sekiranya berjaya menduduki tempat kedua atau ketiga dalam carta pungutan pingat secara keseluruhan, ia boleh dianggap sebagai pecapaian membanggakan.

Ahmad Shabery berkata Malaysia adalah negara ketiga terbesar menghantar atlet pada edisi kali ini dengan 120 atlet yang mengambil bahagian dalam 10 acara iaitu olahraga, memanah, badminton, goal ball, powerlifting, renang, ping-pong, bola tampar duduk, tenis berkerusi roda dan tenpin boling.

Lima pingat emas negara hari ini disumbangkan oleh Hemala Devi Enikutty dari acara merejam lembing Kategori F12 wanita (Kecacatan penglihatan), Azlan Yusof menerusi acara lempar cakera kategori F20 Lelaki (gangguan pembelajaran), Nursuhana Ramlan menerusi acara merejam lembing kategori F20 wanita (gangguan pembelajaran), Friden Dawan dari acara 400m gaya bebas kategori S10 (cacat anggota kaki) dan Razak Tambi menerusi acara renang kuak lentang 50m lelaki kategori SB9 (kecacatan kaki).

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata pembinaan Pusat Pembangunan Paralimpik Negara di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, yang dijangka siap enam bulan lagi, bakal membawa perubahan besar kepada pembangunan sukan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia.

"Atlet paralimpik juga adalah atlet kebangsaan dan mereka perlu diberi perhatian yang sewajarnya kerana mereka turut memberi sumbangan besar kepada negara.

"Namun usaha ini tidak wajar dipikul oleh pihak kerajaan semata-mata sebaliknya perlu dilakukan secara bersama antara badan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat dan juga orang ramai," katanya.

Ahmad Shabery berkata dengan adanya Pusat Pembangunan Paralimpik Negara, Malaysia mendahului negara lain kerana kayu ukur kejayaan dan pembangunan sesebuah negara berdasarkan kemudahan OKU yang mampu disediakan oleh negara berkenaan.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan