Skuad Badminton Paralimpik Gagal Raih Emas Pertama

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SOLO: Skuad paralimpik negara gagal menyumbang emas pertama setelah tumpas 1-2 kepada Indonesia pada perlawanan akhir berpasukan lelaki Sukan Para ASEAN di Stadium Sritex Arena dekat sini, Khamis.

Pada acara berkumpulan itu, pemain perseorangan negara Omar Bakri tumpas 11-21, 6-21 kepada Hary Susanto.

Nasib baik memihak kepada pemain peseorangan kedua, Cheah Like Hou yang mendapat kemenangan mudah 21-14, 13-11 apabila Suryo Nugroho, tidak dapat meneruskan aksi akibat kecederaan pada bahagian buku lali.

Namun, kemenangan Chen gagal digunakan oleh pasangan beregu Saaba Hairol Fozi dan Micheal Sydney apabila tumpas 13-21, 7-21 kepada gandingan Trihono dan Iman Kunontoro.

Pingat emas pertama hari ini menjadi milik Indonesia manakala Malaysia memperolehi pingat perak pertama.

Pingat gangsa menjadi milik Vietnam, yang menumpaskan pasukan Thailand pada perlawanan penentuan tempat ketiga.

Turut hadir menyaksikan perlawanan dan menyampaikan pingat pada pemenang acara itu ialah presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Zainal Abdul Zarin dan Penaung MPM Tun Jeanne Abdullah.

Jurulatih Abdul Rami Jaafar meluahkan rasa kecewa dengan kegagalan itu namun, beliau menyimpan harapan untuk pemain negara.

"Walaupun kita tidak meletak sebarang sandaran pingat untuk acara berkumpulan, saya rasa agak kecewa apabila kita tumpas pada perlawanan kedua.

Secara keseluruhan berpuas hati dengan kesungguhan yang ditunjukan oleh atlet paralimpik negara," katanya.

Beliau berharap kegagalan itu tidak melemahkan semangat atlet paralimpik lain sebaliknya perlu dijadikan pembakar semangat bagi mereka.

Malaysia meletakkan sandaran enam pingat emas dalam acara badminton daripada 57 pingat emas sasaran keseluruhan.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan