Hasinin Yakin Bakal Miliki Pingat Emas Cabaran Solo - Sukan Ekstra | mStar

Hasinin Yakin Bakal Miliki Pingat Emas Cabaran Solo

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SOLO: Pemanah elit paralimpik negara, Hasihin Sanawi yakin beliau mampu membawa pulang sekurang-kurangnya sebutir pingat emas dalam acara recurve individu lelaki di Temasya Sukan Para Asean Keenam yang akan bermula secara rasmi di sini pada Khamis.

Hasihin, 28, berkata keyakinan tersebut diletakkan berdasarkan saingan yang bakal dihadapi olehnya dijangka lebih mudah jika dibanding dengan kejohanan lain seperti Kejohanan Sukan Para Asia yang dilihat lebih mencabar.

"InsyaAllah walaupun saingan yang bakal ditempuhi agak mudah saya tidak akan memandang rendah kepada kemampuan pemanah dari negara lain khususnya Thailand dan tetap akan berusaha secara bersungguh-sungguh," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Pemanah paralimpik kelahiran Rawang, Selangor itu berkata selain daripada acara recurve individu lelaki beliau juga akan mengambil bahagian dalam acara recurve berkumpulan lelaki namun tidak meletakkan sasaran pingat emas dalam acara tersebut.

Hasihin berkata sebagai pembawa Jalur Gemilang beliau bukan hanya perlu melakukan persembahan terbaik sebaliknya perlu menjadi contoh baik untuk atlet paralimpik negara yang lain.

Beliau berkata, temasya ini juga menjadi medan pemanas badan bagi dirinya sebelum bersedia untuk menghadapi cabaran yang lebih besar di Temasya Sukan Paralimpik London pada tahun depan.

Beliau juga memuji dan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana telah menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh Orang Kurang Upaya (OKU) terutama di tempat penginapan atlet.

"Saya juga berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) kerana bersungguh-sungguh dalam membantu kami serta memahami keperluan dan kepayahan yang dialami oleh atlet paralimpik," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan