Tumpu Pemburuan Pingat, Jangan Terganggu Soal Keselamatan

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tumpukan perhatian dalam pemburuan pingat dan jangan terganggu dengan soal keselamatan, demikian nasihat Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu kepada atlet paralimpik negara ke Sukan Para Asean di Solo, Indonesia bulan ini.

Beliau berkata pihak penganjur telah memberi jaminan bahawa keadaan di Solo selamat.

"Walaupun kerajaan tempatan Solo memberikan jaminan keselamatan, Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Paralimpik Negara tidak akan memandang ringan perkara ini dan kita akan sentiasa membuat pemantauan demi keselamatan kontinjen negara," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan Jalur Gemilang kepada ketua kontinjen paralimpik negara Datuk Borhan Dolah di MSN, di sini Ahad.

Atlet memanah paralimpik negara Hasinin Sanawi dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang ke temasya dwi-tahunan yang berlangsung dari 15-20 Disember ini.

Gan berkata kementerian berkeyakinan kontijen negara mampu mencapai sasaran 57 pingat emas pada temasya itu berdasarkan prestasi membanggakan yang dicatatkan pada edisi kelima di Kuala Lumpur dengan kejayaan meraih 94 pingat emas untuk muncul naib juara.

Katanya sandaran 57 pingat emas itu diletakkan pada acara olahraga iaitu 30 emas, renang (lapan), badminton (enam), tenpin boling (enam), powerlifting (dua), pingpong (dua), memanah (dua) dan tenis berkerusi roda (satu).

"Walaupun acara yang dipertandingkan pada edisi kali ini kurang daripada sebelum ini, saya yakin bahawa kita bukan hanya mampu mencapai sasaran tetapi dapat membawa balik pingat emas yang lebih banyak," katanya.

Sementara itu, Borhan berkata kontinjen negara akan menginap di perkampungan sukan dan ia selamat kerana semua atlet yang mengambil bahagian akan berkampung di sana.

"Saya yakin bahawa keadaan di sana (Solo) selamat dan saya percaya pihak penganjur peka dengan soal keselamatan dan kebersihan makanan yang bakal disediakan kepada atlet sepanjang berkampung di sana nanti," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan