Atlet Paralimpik Negara Sasar 57 Emas Di Solo

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kontinjen paralimpik negara mensasarkan 57 pingat emas dalam 10 acara Sukan Para Asean keenam yang akan berlangsung di Solo (Surakarta), Indonesia dari 12 hingga 22 Disember ini.

Ketua kontinjen Malaysia Datuk Borhan Dollah yakin sasaran itu boleh dicapai menerusi acara antaranya olahraga 30 pingat emas, diikuti renang (8), badminton (6), tenpin boling (6), angkat berat (2), ping-pong (2), memanah (2) dan tenis berkerusi roda (1).

"Olahraga dan renang merupakan kekuatan utama kontinjen Malaysia namun bola tampar duduk hanya disasarkan ke peringkat akhir begitu juga dengan goal ball yang dilihat paling sukar meraih pingat emas.

"Acara yang kita tidak ambil bahagian pada temasya kali ini, ialah catur dan acara angkat berat akan memberi mata ranking kepada atlet untuk kelayakan ke Sukan Paralimpik London," katanya kepada Bernama di sini Sabtu.

Borhan berkata sasaran 57 emas dilihat sedikit berbanding edisi kelima pada 2009 di Kuala Lumpur kerana pihak penganjur tidak menawarkan banyak acara yang boleh menjadi prospek emas buat negara.

"Hanya 11 acara sahaja dipertandingkan pihak penganjur berbanding 14 acara pada edisi 2009. Perahu layar antara prospek emas negara sekiranya dipertandingkan namun Indonesia menganggap mereka tidak ada atlet berwibawa kerana itu ia tidak pertandingkan," katanya.

Pada edisi kelima di Kuala Lumpur 2009, Malaysia menjadi naib johan keseluruhan memperoleh 94 pingat emas, 81 perak dan 71 gangsa, di belakang Thailand dengan 157 pingat emas, 75 perak dan 57 gangsa.

Borhan yang juga Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkata kontinjen negara sedang menjalani latihan akhir di kem pusat akhir Majlis Sukan Negara (MSN) selama tiga hari sehingga Ahad.

"Persiapan kali ini lebih tersusun dan lebih lama daripada sebelumnya. Kita mahukan kualiti terbaik supaya mereka meraih emas seterusnya membuktikan orang kelainan upaya (OKU) mampu bersaing seperti orang biasa," katanya.

Beliau berkata segala persiapan dan infrastruktur yang sepatutnya disediakan penganjur kepada OKU untuk temasya Sukan Para Asean kali ini diharap dapat disempurnakan sebelum pertandingan bermula.

"Penganjur kini sedang menaik taraf kemudahan seperti lif dan pintu mesra buat atlet di perkampungan sukan. Mereka memberi jaminan 95 peratus sudah disiapkan.

"Difahamkan seramai 1,600 atlet mampu ditempatkan di sana," katanya.

Seramai 120 atlet paralimpik dan 60 orang, termasuk pembimbing, jurulatih, doktor dan pegawai pengurusan akan berlepas ke Solo Isnin ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan