Najib Umum Kenaikan Insentif Shakam Sukan Sea

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib menyampaikan replika cek bernilai RM10,000 kepada pesilat negara, Ahmad Shahril Zailudin (kanan) pada majlis penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan, Jumaat. Foto: BERNAMA
Najib menyampaikan replika cek bernilai RM10,000 kepada pesilat negara, Ahmad Shahril Zailudin (kanan) pada majlis penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan, Jumaat. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seramai 91 orang atlet yang meraih pingat emas daripada 13 acara di Sukan SEA 2011 menerima habuan masing-masing pada Majlis Penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) di Stadium Juara, Bukit Kiara, dekat sini, Jumaat.

Hadiah kemenangan bernilai RM629,996 keseluruhan ini disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Najib, kejayaan merangkul 59 pingat emas, 50 perak dan 82 gangsa dan meletakkan kontinjen Malaysia di kedudukan keempat keseluruhan merupakan satu pencapaian yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

“Saya difahamkan kita hanya mensasarkan antara 40-45 pingat emas, tetapi kontinjen Malaysia telah melebihi sasaran itu.

"Kejayaan dan kecemerlangan atlet ini membuktikan bahawa segala usaha kerajaan untuk memartabatkan sukan negara di peringkat antarabangsa berada di landasan yang betul,” katanya pada majlis itu.

Katanya, sebagai menghargai keringat atlet-atlet ini, kerajaan bersetuju memberi ganjaran menerusi Shakam dan yakin ia mampu mendorong atlet untuk meningkatkan usaha mereka.

“Saya dimaklumkan insentif kali ini menggunakan kadar yang baru iaitu RM10,000 bagi setiap pingat emas yang pertama berbanding RM5,000 sebelum ini.

“Di sini juga saya merasakan insentif untuk acara berpasukan sebanyak RM2,000 seorang tidak memadai dengan kerja keras mereka dan kerajaan turut bersetuju untuk menambah hadiah menjadikannya sebanyak RM5,000 seorang.

“Manakala bermula Sukan Sea 2013, insentif akan dinaikkan sebanyak seratus peratus daripada jumlah sekarang,” jelasnya.

Ini bermakna kesemua acara berpasukan yang berjaya meraih emas baru-baru ini bakal menerima hadiah tambahan sebanyak RM3,000, antaranya skuad bola sepak negara, memanah, boling,lawan pedang serta berbasikal.

Selain itu Najib berkata, sebagai membuktikan komitmen tinggi kerajaan ke arah kecemerlangan sukan, peruntukan menerusi Belanjawan Negara yang diumumkan terdahulu turut menekankan kepada aspek pembangunan sukan di peringkat akar umbi bagi melahirkan lebih ramai atlet yang berpotensi di peringkat yang lebih tinggi.

“Untuk tujuan ini sejumlah RM30 juta telah diluluskan oleh kerajaan kepada Majlis Sukan negara (MSN) dalam Belanjawan Negara 2012 dengan bertujuan mewujudkan sekumpulan atlet pelapis yang mampu membawa cabaran dan kejayaan di peringkat Asia, Komanwel, Olimpik dan dunia,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan