Andrian Ang Terima Hadiah Shakam Tertinggi

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penjaga gol Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat menerima replika cek daripada Najib (kiri), di Stadium Juara, Bukit Kiara, Jumaat. Foto: The Star/S.S.KANESAN
Penjaga gol Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat menerima replika cek daripada Najib (kiri), di Stadium Juara, Bukit Kiara, Jumaat. Foto: The Star/S.S.KANESAN

KUALA LUMPUR: Atlet boling negara, Adrian Ang Hsien Loong meraih hadiah insentif tertinggi pada majlis Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) Sukan SEA 2011, di Stadium Juara, Bukit Kiara, Jumaat.

Adrian menerima hadiah keseluruhan sebanyak RM20,333 selepas mempamerkan aksi cemerlang dengan empat pingat emas menerusi acara berpasukan, masters,beregu dan trio.

“Hadiah ini adalah bonus kerana saya tidak menjangkakan akan menerima habuan sebanyak ini. Sudah pasti saya gembira dan ia dianggap sebagai pendorong untuk melakukan lebih baik lagi selepas ini.

“Jika diimbas kembali aksi di Sukan Sea itu, saya langsung tidak menduga akan meraih empat pingat emas, tetapi apa yang saya lakukan adalah memberi fokus seratus peratus, malah tidak hiraukan aksi pasukan lain,” katanya kepada media, Jumaat.

Sementara itu, pelumba berbasikal wanita negara, Fatehah Mustapa menjadi atlet kedua yang meraih hadiah tertinggi sebanyak RM20,000 dengan menjuarai tiga acara (500 meter ujian masa, pecut individu dan pecut berpasukan), manakala seorang lagi rakan sepasukannya, Ju Pha A/P Som Net mendapat RM5,000, emas untuk acara pecut berpasukan.

Bagi atlet berbasikal lelaki pula, Muhammad Adiq Husainie Othman, Amir Mustafa Rusli meraih RM2,500 seorang apabila meraih emas dalam acara 4 kilometer kejar mengejar berpasukan, Mohamad Hafiz Mohamed Sufian dan Muhammad Edrus Md Yunos meraih RM10,000 seorang bagi acara pecut individu dan 10km scratch.

Manakala Mohd Hariff Saleh menerima RM12,500 setelah meraih emas dalam acara 4km kejar mengejar berpasukan dan 500m ujian masa individu.

Skuad olahraga yang penuh dilanda kontroversi menerima hadiah keseluruhan bernilai RM61,000, manakala atlet snuker dan billiards (Thor Chuan Leong dan Chong Tin Sam) meraih RM5,000 seorang.

Pemenang pingat emas pertama negara (acara menembak), Nur Suryani Mohamed Taibi meraih RM15,000 bagi dua acara yang dimenanginya iaitu 50m Rifle 3 posisi Individu dan 10m Air Rifle.

Pasukan memanah pula yang dibarisi oleh Khairul Anuar Mohamad menerima RM3,333, Haziq Kamaruddin RM3,333 dan Cheng Chu Sian RM13,333.

Atlet lawan pedang menerima hadiah keseluruhan RM20,000 (Muhammad Radhi Hasim, Yu Peng Kean, Liong Ming Chang, Nurul Ariezzat Nazreen dan Koh I Jie, manakala skuad pencak silat menerima RM30,000 dengan dibahagikan kepada tiga orang atlet (Mohd Fauzi, Al-Jufferi dan Ahmad Shahril).

Skuad Harimau Muda pula menerima habuan sebanyak RM2,000 setiap seorang (RM40,000 keseluruhan) dan pasukan akuatik negara menerima hadiah paling tinggi dengan jumlah keseluruhan RM209,998 selepas meraih emas dalam pelbagai kategori.

Sebanyak RM629,996 nilai keseluruhan hadiah Shakam Sukan SEA ini disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada 91 atlet yang meraih pingat emas dalam 13 acara di Indonesia baru-baru ini.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan