Sultan Pahang Mahu Persiapan Hadapi Sukma Siap Menjelang Mei

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu persiapan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di negeri ini terutama kerja menaik taraf Stadium Darul Makmur disiapkan sepenuhnya menjelang Mei depan.

Baginda bertitah ia bagi memastikan Sukma yang akan berlangsung pada 5 hingga 14 Julai itu dapat dijalankan dengan baik.

"Saya sendiri akan meneliti dari masa ke semasa mengenai persiapan ini dan akan berjumpa dengan Jawatankuasa Sukma Pahang pada Januari depan untuk mengetahui perkembangannya," titah baginda.

Terdahulu, baginda mendengar taklimat Jawatankuasa Sukma Pahang mengenai persiapan menghadapi sukan itu di Stadium Darul Makmur di sini, Rabu.

Sultan Ahmad Shah bertitah baginda berpuas hati dengan persiapan keseluruhan yang dilakukan jawatankuasa itu dalam menghadapi sukan berprestij itu, tetapi baginda mahu lampu limpah di stadium Darul Makmur dipertingkat untuk berada pada tahap terbaik.

"Bukan sahaja untuk Sukma tapi boleh digunakan untuk Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang," titah baginda.

Sukma Pahang akan mempertandingkan 24 acara iaitu 19 acara sukan wajib di samping lima acara pilihan iaitu tinju, bola tampar, petanque, ekuestrian dan golf dengan penyertaan 14 kontinjen negeri serta Brunei.

Kesemua acara sukan itu akan berlangsung di empat daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin dan Temerloh dengan 80 peratus acara dijalankan di daerah Kuantan.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan