PM Sendiri Akan Kalungkan Pingat Emas Kuartet 4x400m Lelaki Negara Jumaat Ini

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kekecewaan kuartet olahraga 4x400m lelaki negara yang tidak sempat meraikan kejayaan mereka merangkul pingat emas pada temasya Sukan SEA Indonesia 2011 baru-baru ini bakal terubat apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengalungkan pingat itu kepada mereka dalam satu majlis Jumaat ini.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong berkata Najib akan mengalungkan sendiri pingat emas itu kepada S. Kannathasan, P. Vuvaraj, Schzuan Ahmad Rosely dan Mohd Yunus La Salleh pada majlis Penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) untuk Sukan SEA Indonesia 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Para atlet tersebut terpaksa pulang ke tanah air sebelum sempat menerima pingat mereka ekoran Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menempah tiket penerbangan balik mereka terlalu awal.

"Ia boleh dikira sebagai satu imbuhan khas buat mereka apabila tidak sempat menghadiri majlis penyampaian pingat emas di Palembang baru-baru ini," kata Zolkples kepada pemberita pada majlis penyerahan tajaan dan undian Sukan Media-MSN 2011 di Bukit Jalil di sini, Rabu.

Beliau berkata, Perdana Menteri begitu prihatin dengan kejayaan atlet negara dan beliau akan bersama beberapa menteri lain akan turut sama pada majlis itu.

"Kita harap orang ramai yang berminat akan turut hadir bersama bagi meraikan majlis tersebut sebagai tanda sokongan rakyat kepada kejayaan kontinjen negara," katanya.

Beliau berkata, seramai 91 pemenang pingat emas termasuk pasukan bola sepak Harimau Muda yang berjaya meraih "ibu segala pingat" akan turut hadir sama bagi menerima cek hadiah kemenangan Shakam yang secara kesuluruhan berjumlah RM629,996.

Pada edisi ke-26 Sukan SEA itu, Malaysia berjaya melepasi sasaran maksimum 45 emas dengan membawa pulang 59 emas, 50 perak dan 82 gangsa.

Acara akuatik menjadi penyumbang utama dengan meraih 19 pingat emas menerusi terjun (tujuh), renang (lima), renang berirama (lima) dan renang laut terbuka (dua).

Sementara olahraga menyumbangkan enam emas, diikuti tenpin boling (lima), ski air (empat), karate (empat), wushu (tiga), silat (tiga), berbasikal (tiga), memanah (dua), menembak (dua), lawan pedang (dua) dan biliard & snuker (satu). -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan