Indonesia Dilihat Bersedia Anjur Paralimpik Asean 2011

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia berkeyakinan Indonesia yang menjadi tuan rumah Sukan Para Asean buat pertama kali, bersedia dari segi kelengkapan kemudahan sukan untuk atlet paralimpik dan jaminan keselamatan terhadap atlet.

Sukan Para Asean edisi keenam yang akan menghimpunkan kira-kira 2,000 atlet orang lelainan upaya (OKU) dari 11 buah negara Asean termasuk Timor Leste akan berlangsung di Solo, kota yang terletak di wilayah Jawa Tengah, Indonesia dari 15 hingga 19 Disember ini.

Pengurus Besar Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Syed Mahadzir Syed Yassin berkata, beliau telah meninjau keadaan di Solo dan mendapati Jawatankuasa Penganjuran Kejohanan Para Asean Indonesia (INASPOC) bersungguh-sungguh dalam usaha menyediakan kemudahan infrastruktur untuk keperluan atlet OKU.

"Saya difahamkan cuma tinggal lima peratus sahaja lagi kerja pembinaan bagi kemudahan infrastruktur di perkampungan atlet yang belum siap dan ianya dijangka siap sepenuhnya sebelum kejohanan bermula manakala kemudahan OKU seperti laluan kerusi roda di venue telahpun siap," katanya di sini Khamis.

Mengenai isu keselamatan atlet paralimpik negara sepanjang temasya sukan itu nanti, Syed Mahadzir berkata, para atlet tidak perlu bimbang kerana pihak keselamatan Solo telah memberi jaminan bahawa keadaan di sana terkawal.

"Walaupun keselamatan di sana dikatakan terkawal pihak MPM tidak akan mengambil ringgan dalam soal tersebut sebaliknya akan melakukan pantauan secara bersama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan pihak keselamatan tempatan," katanya.

Beliau berkata, suasana di Solo berbeza dengan suasana ketika temasya Sukan SEA di Palembang dan Jakarta baru-baru ini kerana masyarakat setempatnya peramah dan boleh menerima kehadiran orang luar.

Syed Mahadzir berkata kesemua 120 atlet paralimpik negara diwajibkan menjalani ujian kesihatan di Institut Sukan Negara (ISN) hari ini sebelum berangkat ke Solo pada Isnin depan.

"Hanya atlet paralimpik yang disahkan sihat oleh ISN sahaja dibenarkan berangkat ke Solo bagi mengelak berlaku sebarang insiden di sana nanti," katanya.

Malaysia akan menyertai 10 acara iaitu memanah, olahraga, badminton, goal ball, powerlifting, renang, ping pong, bola tampar duduk, tenis berkerusi roda dan tenpin boling.

Pada edisi kelima di Kuala Lumpur pada 2009, Malaysia menjadi naib johan keseluruhan dengan memperoleh 94 pingat emas, 81 perak dan 71 gangsa, di belakang Thailand yang mengumpul 157 pingat emas, 75 perak dan 57 gangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan