Lebih 40 Peminat Bertuah Bertemu Pemain Harimau Muda

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kegembiraan meraih pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA di Indonesia dua minggu lalu masih terasa apabila lebih 40 remaja bertuah berpeluang bertemu dengan pemain-pemain skuad emas itu di KL Festival City, Selasa.

Sesi ramah mesra khas Harimau Muda yang dianjurkan oleh Nike Malaysia ini diadakan bagi memberi peluang kepada peminat-peminat bola sepak tanah air mengetahui lebih dekat lagi pengalaman skuad Malaysia ketika berdepan dengan pengalaman sengit meraih pingat emas.

Pengurus Pemasaran Nike Malaysia, Joan Yeoh berkata, pihak Nike selaku penaja rasmi jersi pasukan Malaysia amat berbangga dengan kejayaan ini.

"Pihak kami amat gembira kerana sedar kejayaan ini bukanlah mudah untuk dicapai. Jurulatih dan pemain telah bertungkus lumus untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak tanah air.

"Kami akan terus memberi sokongan kepada bola sepak negara dan meneruskan hubungan rapat dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," katanya kepada media.

Dengan menyediakan akses eksklusif kepada pemain, Nike berpegang teguh kepada motonya iaitu 'Take Every Advantage' (Rebut Segenap Peluang) sekali gus memberi semangat kepada pemain bola sepak yang bercita-cita tinggi.

Antara pemain-pemain yang hadir pada sesi ini ialah Muslim Ahmad, Nazmi Faiz, K.Gurusamy, Fakri Saarani, Asraruddin Omar, Irfan Fazail dan kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar.

Salah seorang peminat bertuah, Khairul Azreen berkata, majlis ini amat bermakna kerana dapat bertemu dengan pemain-pemain yang telah memberi kejayaan kepada skuad negara baru-baru ini.

"Bukan semua orang dapat peluang ini dan saya gembira kerana hari ini dapat bergambar dan tanda tangan pemain pilihan saya, Muslim," katanya kepada mStar Online.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan