Raja Perlis Saran Sektor Pelancongan Sukan Diberi Tumpuan

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan sektor pelancongan sukan diberi tumpuan sebagai sektor baru yang boleh menjana ekonomi.

Menurut baginda, melalui penganjuran sukan bertaraf besar, kerajaan negeri akan dapat menggamit kehadiran ramai pelancong yang secara tidak langsung menyumbang ekonomi negeri dan penduduknya.

Bertitah merasmikan Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Tuanku Syed Putra Perlis/MILO) 2011 ke-31 di sini malam Isnin, baginda mencadangkan agar kerajaan Perlis menjadikan tahun 2013 sehingga 2015 dipromosikan sebagai Tahun Sukan Pelancongan Perlis.

Beberapa acara sukan utama akan berlangsung di Perlis dalam tempoh berkenaan termasuk temasya Sukan Malaysia pada 2014 di samping penganjuran tahunan acara-acara sukan seperti tenis, wodball dan golf.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, Perlis mempunyai prasarana yang sempurna bagi beberapa acara sukan selain tempat penginapan yang mencukupi melalui kerjasama institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah manakala sukarelawan sukan juga mencukupi.

Perlis juga menawarkan kos penganjuran yang kompetitif selain mempunyai panorama yang indah di samping peluang melawat kawasan pinggir sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand.

Selain daripada itu baginda yakin sektor tersebut boleh memperkenalkan nama Perlis di luar negara dan pada masa yang sama akan menggalakKan rakyat mengamalkan sukan sebagai satu budaya hidup baru yang akan menyihatkan rakyat.

Baginda turut berharap lebih banyak penaja dapat membantu menjayakan penganjuran sukan bersaiz besar di negeri ini.

Sementara itu, kejohanan tenis remaja antarabangsa yang diperkenalkan sejak 1981 itu disertai hampir 400 peserta termasuk Korea Selatan, Afrika Selatan, Indonesia, Turkmenistan, Jepun, Thailand, Singapura, Uzbekistan dan Amerika Syarikat.

Kejohanan selama lima hari anjuran kerajaan Perlis dan Persatuan Tenis Perlis itu berlangsung di beberapa gelanggang sekitar Kangar sejak Ahad lalu.

Kejohanan kategori perseorangan lelaki dan perempuan serta beregu itu akan membabitkan acara-acara peringkat umur bawah 8, 10, 12, 14 dan 16 tahun.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu juga hadir. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan