Pemain Berusia 15 Tahun Rangkul Kejuaraan Golf Cabaran TSM

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pemain berusia 15 tahun, Low Khai Jei mencipta kejutan apabila menjuarai edisi keenam Kejohanan Cabaran Golf Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSM) di Kelab Golf & Country Glenmarie, di sini, Ahad.

Walaupun memulakan saingan dengan hambar selepas sembilan di atas 80 pada pusingan pertama, pemain muda dari Perak itu bangkit dengan penuh bersemangat untuk mencipta tiga bawah 69 kelmarin.

Pemain dengan handicap kosong meneruskan aksi cemerlang pada pusingan akhir dengan membenam enam birdie dan satu eagle di lubang ke-11 untuk merekodkan tujuh bawah 65 bagi mengumpul keseluruhan 214 pukulan.

Low berjaya mengatasi pemain yang lebih tua dan berpengalaman seperti pemain negara Kenneth C De Silva dari Negeri Sembilan dan pemain Kedah, Mohd Azman Basharuddin dengan kelebihan empat pukulan.

"Saya bernasih baik hari ini. Pukulan put yang jauh dan pukulan awal adalah baik sekali. Saya tidak menjangkakan ini kerana permulaan yang tidak baik pada hari pembukaan.

Pada lubang ke-11, saya hanya cuba melakukan birdie tetapi bertindak melakukan pukulan putt jauh dari lubang dan ia berhasil," kata Low selepas majlis penyampaian hadiah.

Low menerima hadiah berbentuk biasisiwa latihan bernilai RM40,000 dan piala manakala juara kategori wanita Kelly Tan dari Johor menerima biasisiwa latihan bernilai RM30,000 serta piala.

Dalam kategori bawah 15 tahun yang baru diperkenalkan tahun ini, pemain Perak, Muhd Naqiuddin Fuad menjuarai acara itu dan membawa pulang RM3,000 dan sebuah set golf.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga pengasas kejohanan tahunan itu, menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Kejohanan itu menampilkan 75 pemain muda iaitu 30 pemain lelaki dan 26 wanita bawah 21 tahun dan 19 pemain lelaki bawah 15 tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan