RTM Penyiar Rasmi Olimpik 2012

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah diberi hak sebagai penyiar rasmi Sukan Olimpik London 2012, kata Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Beliau berkata, penyiaran sukan terbesar dunia itu menerusi rangkaian televisyen kerajaan untuk rakyat negara ini adalah tepat malah percuma kepada semua penonton.

"Penyiaran temasya sukan bertaraf dunia menerusi RTM memberi peluang kepada semua rakyat untuk menonton sukan berkenaan tanpa perlu melanggan mana-mana saluran sukan.

"Malah rangkaian televisyen kerajaan ini juga meliputi seluruh pelusuk negara dan ianya dapat membangkitkan semangat kesukanan di kalangan rakyat kerana sukan mampu menyatukan masyarakat," katanya pada sidang media majlis mempromosi RTM selaku penyiar rasmi Sukan Olimpik London, di sini, Khamis.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Mohd Ismail pula berkata, kesempatan menyiarkan acara terbesar dunia itu akan digunakan sebaiknya oleh RTM untuk mempromosi penjenamaan semula saluran televisyen berkenaan. Beliau yakin hak penyiaran sukan Olimpik yang diberi kali ini dapat membantu menaikkan semula rating penonton RTM memandangkan saluran berkenaan merupakan penyalur maklumat utama di samping menyediakan kepelbagaian program hiburan yang seiring dengan peredaran zaman.

Olimpik London akan berlangsung dari 27 Julai hingga 12 Ogos tahun depan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan