Gelanggang Sukan Rakyat Di Setiap Negeri - Sukan Ekstra | mStar

Gelanggang Sukan Rakyat Di Setiap Negeri

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) meminta kebenaran Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) untuk menjadikan Gelanggang Sukan Rakyat untuk tujuan latihan bagi skuad negeri.

Presiden PSM Datuk Ahmad Ismail berkata skuad negeri dibelenggu masalah tempat latihan sehingga mereka terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk menyewa dewan bagi mengadakan latihan.

"Saya meminta jasa baik KBS untuk memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan Gelanggang Sukan Rakyat sebagai tempat latihan kekal memandangkan sepak takraw adalah satu sukan tradisi," katanya.-BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan