TCT Cadang Sertai Kejohanan Jemputan Lumba Basikal Benua Eropah 2012

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan lumba basikal profesional Terengganu-Terengganu Cycling Team (TCT) bercadang menyertai kejohanan jemputan lumba basikal benua Eropah musim 2012.

Pengurusnya Ahmad Kamarul Idrus berkata langkah TCT itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelumba-pelumba TCT di samping menyertai kejohanan di benua Asia.

"Kita akan cuba mendapatkan jemputan daripada penganjur-penganjur untuk menyertai kejohanan di benua Eropah yang dijangka bermula bulan Jun tahun depan," katanya, Isnin.

Ahmad Kamarul berkata TCT merancang menyertai 18 kejohanan lumba basikal di bawah kalendar UCI (Union Cycling International) musim 2012 yang bermula Januari hingga November.

Beliau berkata Le Tour de Langkawi (LTdL) adalah kejohanan pertama dalam kalendar UCI mulai 20 Feb hingga 4 Mac 2012 yang akan disertai oleh TCT sebelum menyertai kejohanan lain di benua Asia.

Ahmad Kamarul berkata dalam penampilan pertamanya di benua Asia, TCT telah menyertai sekurang-kurangnya 10 kejohanan termasuk kejohanan di China, Jepun, Korea, Indonesia, Malaysia dan India.

"Dalam rangking UCI, pasukan TCT menduduk tempat keempat terbaik daripada 75 pasukan benua Asia," katanya.

Beliau berkata antara pelumba TCT musim 2011 ialah Anuar Manan, Hariss Salleh, Yusliza Usoff, Mohd Saufi Mat Senan, Shahrul Mat Amin, Nor Amirul Fakharuddin Marzuki, Nor Umardi Rosli dan Mohd Shobery Abdullah.

Selain pelumba tempatan itu, TCT juga mempunyai empat pelumba import iaitu Shinichi Fukushima, Motoi Nara (Jepun), Chan Jang Jae dan Kim Do Hyoung (Korea).-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan