Noraseela Ada Hak Suarakan Tidak Puas Hati - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelari 400 meter lari berpagar negara Noraseela Khalid mempunyai hak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati beliau terhadap pengurusan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) yang didakwa mengabaikan kebajikan atlet olahraga negara.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata selaku atlet senior dalam skuad kebangsaan, Noraseela mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat beliau bagi memastikan kebajikan atlet lain termasuklah atlet pelapis terjamin.

"Kita melihat Noraseela merupakan atlet senior yang banyak menyumbang jasa kepada sukan olahraga selain menjadi pembimbing kepada atlet lain termasuk atlet junior.

"Tidak salah sekiranya beliau meluahkan apa yang terbuku di hati beliau sebagai seorang atlet olahraga," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan oleh anggota majlis KOAM S. Rajasegram terhadap Noraseela yang seolah-olah tidak tahu menghargai jasa yang dicurahkan oleh badan induk itu kepada atlet itu selama ini.

Noraseela sebelum itu dilaporkan telah mengkritik pengurusan KOAM yang dikatakan tidak menghargai jasa dan pengorbanan atlet olahraga selepas beliau berjaya mempertahankan pingat emas 400 meter lari berpagar pada Sukan SEA 2011 di Indonesia baru-baru ini.

Ahmad Shabery berkata isu pertikaman lidah antara KOAM dan atlet olahraga negara sebenarnya telah lama timbul namun gagal diselesaikan mengikut saluran yang betul.

"Saya tidak akan campur tangan dalam isu ini kerana ia merupakan isu dalaman KOAM dan mereka harus selesaikan masalah itu sendiri," katanya sambil berharap agar Noraseela terus menyumbang bakti kepada sukan olahraga negara.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan