Nike We Run KL 2011 Capai Sasaran Penyertaan

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah Pemasaran Nike Malaysia, Joan Yeoh mengesahkan pihaknya telah mencapai sasaran 10,000 peserta pada larian ‘Nike We Run KL 2011' yang bakal berlangsung di sekitar ibu kota pada 27 November ini.

Menurut Joan, selepas tarikh tutup penyertaan baru-baru ini, pihaknya telah menerima penyertaan sebanyak 10,300 peserta pelbagai peringkat umur.

“Sasaran penyertaan telah tercapai, dan lebih membuatkan kami gembira ialah sebanyak 61 peratus peserta adalah mereka yang berumur di bawah 25 tahun.

“Sesuai dengan salah satu objektif larian ini iaitu untuk memupuk golong remaja menyertai gaya hidup sihat, dan setakat ini ia memang mencapai apa yang kita sasarkan,” katanya kepada mStar Online.

Joan berkata, larian yang akan dilepaskan di Padang Merbok, Jalan Parlimen bakal menampilkan keunikan laluan dengan larian melintasi mercu tanda berunsur sejarah dan budaya.

Peserta akan berlari sejauh 10km yang akan dilepaskan melalui beberapa mercu tanda seperti Masjid Negara, Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), Little India di Brickfields dan Bangunan Parlimen.

Kuala Lumpur adalah sebuah daripada beberapa bandar raya di dunia yang menganjurkan larian itu, antaranya Seoul di Korea Selatan, Monterrey (Mexico) dan Santiago (Chile).

Pemenang bagi kategori terbuka dan bawah 25 tahun, masing-masing akan menerima hadiah wang RM1,000 manakala bagi kategori sekolah, hadiah RM10,000 akan diberikan kepada sekolah berkenaan.

Sementara itu, beberapa jalan utama akan ditutup bermula 6 pagi Ahad ini termasuk Jalan Parlimen (Padang Merbok) iaitu tempat bermula dan tamat larian, Jalan Mahameru, Jalan Damansara, Jalan Travers, Jalan Tun Sambanthan, Jalan Sultan Sulaiman, Jalan Syed Putra, Jalan Kinabalu, Bulatan Datuk Onn dan Jalan Sultan Salahuddin.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan