Sukan Sea: Izzaq Terpaksa Lupa Hasrat Beraksi Di Pentas Akhir

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kecederaan yang dialami penyerang Izzaq Faris Ramlan ketika beraksi dalam perebutan ke separuh akhir bertemu Myanmar semalam, memaksa jurulatih skuad bawah-23, Ong Kim Swee tida menyenaraikannya dalam kesebelasan utama malam esok bertemu Indonesia di perlawanan akhir.

"Saya sah tidak boleh bermain kerana lutut kiri saya lebam diasak oleh pemain Myanmar pada Sabtu.

"Ia memang sesuatu yang menyedihkan buat saya kerana tidak dapat peluang beraksi di perlawanan akhir tapi saya gembira pasukan kita berjaya akhirnya ke saingan itu walaupun kita diletakkan dalam kumpulan A, yang dianggap saingan sukar," katanya.

Pemain tinggi lampai ini, yang terpaksa menggunakan kayu tompang, berkata beliau akan turut terlepas peluang beraksi dalam saingan kumpulan kelayakan Sukan Olimpik 2012, London selang dua hari kemudian bertemu Syria.

Malaysia akan bertemu negara teluk itu pada 23 November pukul 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Doktor telah lihat kecederaan saya dan mereka kata kecederaan ini dijangka pulih sebulan ataupun lebih bergantung kepada diri saya," katanya.

Pemain kelahiran Terengganu berusia 21 tahun ini cedera beberapa minit sebelum wisel penamat ditiup selepas dikasari pemain Myanmar semalam, yang menyaksikan Malaysia mara ke perlawanan akhir setelah menang 1-0.

"Apakah daya... tiada rezeki bermain. Saya harap mereka semua dapat buat yang terbaik daripada sebelum ini.

"Kita cuma harapkan Fakri (Ahmad Fakri Saarani) dan Syahrul (Azwari Ibrahim) sahaja di barisan serangan dapat menyumbat unutk gol negara. Itupun jika Syahrul sudah cukup cergas dan dapat diturunkan pada hari esok," katanya.

Syahrul terpaksa dikeluarkan kerana cedera sekitar minit ke-70 pada perlawanan semalam setelah dikasari pemain Myanmar. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan