Malaysia Bertemu Indonesia Isnin Ini

Diterbitkan: Ahad, 20 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Malaysia akan bertemu tuan rumah Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-26 apabila berjaya mengetepikan cabaran Myanmar setelah mencatat kemenangan 1-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Gelora Bung Karno malam Sabtu.

Pada satu lagi saingan separuh akhir selepas perlawanan skuad negara, Indonesia layak apabila membenam naib juara temasya 2009, Vietnam 2-0 dengan gol dijaringkan oleh Patrich Wanggai dan Titus Bonai.

Perlawanan akhir itu akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno Isnin ini pukul 7 petang waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia).

Ahmad Fakhri Saarani menjadi wira negara apabila jaringan tunggal penyerang gantian selang lima minit sebelum babak kedua tamat sudah cukup untuk skuad Harimau Muda itu melangkah mara bagi misi mempertahankan kejuaraan pingat emas sukan SEA yang dimenangi pada temasya 2009 di Vientiane, Laos.

Walaupun skuad negara dilihat keletihan dan ketiadaan jurulatih Ong Kim Swee di atas padang kerana digantung satu perlawanan, ia tidak mematahkan semangat mereka untuk berusaha mencari gol seterusnya mempamerkan aksi cemerlang.

Kim Swee dilihat duduk di kerusi penonton dengan berkomunikasi menggunakan nota kertas menerusi tukang urut, Zaidi Latif yang menjadi 'runner' sebelum memberi arahan kepada pemain menerusi pembantunya, Hassan Sazali Mohd Waras yang berada di tepi padang memberi arahan.

Jurulatih kelahiran Melaka itu terpaksa menjalani hukuman penggantungan satu perlawanan ekoran membantah keputusan pengadil dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Fahad Alkassar semasa pertemuan Malaysia mementang tuan rumah, Indonesia Khamis lepas (17 Nov).

Dalam perlawanan separuh akhir malam Sabtu, Myanmar terlebih dahulu menguasai perlawanan dalam 15 minit pertama dan skuad negara dilihat sedikit goyah di barisan belakang bagi menahan asakan skuad kendalian Stefan Hasson itu.

Malaysia yang dilihat lambat panas terpaksa menunggu pada minit ke-14 untuk mula bangkit menerusi percubaan tepat yang pertama oleh Ahmad Fakhri Saarani hasil hantaran lintang Asraruddin Putra Omar namun ia berjaya dinafikan oleh penjaga gawang lawan, Thihasthu.

Malah tiga serangkai pemain hadapan negara, Ahmad Fakri, Syahrul Azwari Ibrahim dan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar mengucar-kacirkan gawang lawan dan mendapat beberapa peluang terbaik untuk menambah gol Malaysia tetapi gagal menemui penyudah sehingga babak pertama tamat.

Antara percubaan terbaik skuad negara ialah menerusi sepakan percuma Baddrol yang dibuat lima meter dari luar kotak penalti namun ia melepasi palang lawan pada minit ke-35.

Bagaimanapun corak permainan negara berubah pada babak kedua dengan pemain negara mula membuat beberapa asakan mencari gol pembukaan akibat tekanan mula dirasai pemain bagi pencarian gol kemenangan.

Ahmad Fakri hampir memperoleh jaringan namun terlepas bola untuk menanduk ke gawang hasil hantaran cantik Mohamad Fandi Othman pada minit ke-56 dan selang empat minit kemudian Mohamad Fandi pula menguji kehebatan gawang lawan dengan melepaskan sepakan namun Thihasthu dilihat pantas menepis keluar.

Pada minit ke-70 Izzaq Faris Ramlan dibawa masuk menggantikan Syahrul Azwari dan kelihatan gandingan Izzaq dan Ahmad Fakri mula menjadi.

Penyerang Myanmar, Kyaw Ko Ko dengan dibantu pemain tengah, Min Min Thu sering kali mengucar-kacirkan pertahanan negara dan pada minit ke-64 gawang negara nyaris dirobek apabila Myanmar membuat serangan balas akibat kesilapan pertahanan namun Khairul Fahmi Che Mat berjaya menafikan setiap asakan pemain Myanmar.

Malaysia akhirnya berjaya menewaskan Thihasthu yang berpunca daripada sepakan lencong oleh Izzaq sebelum Mahali berjaya mengelirukan penjaga gol apabila bola melantun kepada Fakri.

Senarai nama pemain: MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Irfan Fazail, Mohamad Muslim Ahmad, Mohamad Fandi Othman, Muhd Nazmi Faiz Mansor (K.Gurusamy), Baddrol Bakhtiar, Syahrul Azwari Ibrahim (Izzaq Faris Ramlan), Ahmad Fakhri Saarani.

MYANMAR: Thihasthu, Zaw Zaw Oo (Yan Aung Kyaw), Kyaw Zeyar Win, Yan Aung Win, Zaw Ming Tun, Shwe Hlaing Win, Min Min Thu, Kyi Lin, Aye San, Pyaye Phyo Oo (Aug Myint Aye), Kyaw Ko Ko. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan