Kemenangan Manis Joost Luiten Di Terbuka Iskandar Johor

Diterbitkan: Ahad, 20 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Joost Luiten dari Belanda memenangi kejohanan golf Terbuka Iskandar Johor (IJO) 2011 di lapangan Horizon Hills Golf & Country Club dan membawa pulang US$333,000.

Beliau membuat 65 di pusingan akhir pada Ahad dengan kelebihan satu pukulan.

Beliau mencatat 63 pukulan dihari pertama, 70 pukulan di hari kedua untuk mengumpul 198 mata keseluruhan.

Kejayaan Luiten kali ini merupakan kemenangan besar pertamanya sepanjang kariernya setakat ini.

Luiten mendahulu di pusingan pembukaan, berkongsi tempat kelima dan kembali menyerlah pada pusingan akhir.

Beliau melakukan empat birdie yang menentukan kejayaanya, mendahului pendahulu sebelum ini Daniel Chopra dari Sweden yang menduduki tempat kedua dengan 70 pukulan dan mengumpul 199 mata keseluruhan. "Saya hampir memenangi kejohanan besar di masa lalu, dan saya lega dapat melakukannya hari ini. Seperti yang mereka selalu kata, yang pertama sering sukar, tetapi kini saya mahu mencipta satu lagi kejayaan," kata Luiten yang turut menduduki tangga kelima di Terbuka Singapura minggu lalu.

Juara bertahan Padraig Harrington dari Ireland berkongsi tempat ketiga setelah membuat 69 pukulan hari ini untuk mengumpul mata keseluruhan 200.

Keputusan: Joost Luiten (BELANDA) 63-70-65 198 Daniel Chopra (SWEDEN) 64-65-70 199 Rhys Davies (WALES) 70-65-65 200 James Morrison (ENGLAND) 66-65-69 200 Padraig Harrington(IRELAND) 64-67-69 200 Gregory Bourdy (Perancis) 64-67-70 201 Soren Kjeldsen (DENMARK) 71-64-67 202 Loius Oosthuizen (AFRIKA SELATAN) 69-67-67 203 Fedrik Anderson (SWEDEN) 68-67-68 203 Darren Beck (AUSTRALIA) 70-65-68 203 Marcus Fraseer (AUSTRALIA) 64-70-69 203 Jose Manuel Lara (COLOMBIA) 67-67-69 203 Marcel Siem (JERMAN) 69-67-69 204 Soren Hansen (DENMARK) 68-67-69 204 Shiv Kapur (INDIA) 70-68-67 205 Charlie Wie (KOREA) 66-72-67 205 Thongchai Jaidee (THAILAND) 69-69-67 205 Brett Rumford (AUSTRALIA) 71-64-70 205

- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan