Sukan Layar Sumbang Satu Perak, Tiga Gangsa - Sukan Ekstra | mStar

Sukan Layar Sumbang Satu Perak, Tiga Gangsa

Diterbitkan: Sabtu, 19 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Malaysia gagal mempertahankan dua pingat emas yang dimenangi di Korat, Thailand pada 2007 apabila atlet pelayaran negara hanya membawa pulang satu pingat perak dan tiga gangsa pada hari akhir acara pelayaran pada Sukan SEA yang sedang berlangsung, di sini.

Mohd Romzi Muhamad yang membawa pulang pingat emas dalam acara laser standard di Korat, hari ini hanya berpuas hati dengan pingat perak pada acara Laser Class Radial lelaki.

Atlet Malaysia itu menerima 22 mata demerit.

Keerati Bualong dari Thailand memenangi emas dengan 13 mata manakala Choo Jian Jie dari Singapura memperoleh gangsa dengan 26 mata.

Nur Amirah Hamid yang bertanding dalam Laser Class Radial wanita juga gagal untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi Nurul Elia Anuar di edisi Korat.

Nur Amirah mencatat 23 mata demerit untuk mendapat pingat gangsa berbanding pemenang pingat emas Chan Jing Hun dari Singapura yang mengumpul 13 mata. Kamolwan Chanyim dari Thailand memperoleh pingat perak dengan 18 mata.

Ahmad Syukri Abd Aziz pula hanya boleh berpuas hati dengan pingat gangsa dalam acara Optimist Class apabila memungut 32 mata demerit manakala Sarawut Phetsiri dari Thailand yang mengumpul 25 mata membawa pulang pingat perak.

Pingat emas dimenangi Yuki Yokoya dari Singapura dengan 12 mata.

Dalam acara International 470 Class, Ku Anas Ku Zamil/Mohamad Hafizuddin Mazelan memperoleh gangsa dengan 24 mata, berbanding Ridgely Balldares/Chaves Rommel yang mendapat perak dengan 17 mata. Russel Kan Tsung/Koh Seng Kiat dari Singapura mengumpul 15 mata utuk memenangi emas.

Pengurus pasukan Malaysia Lawrence Yeow berkata adalah malang bagi pasukan negara apabila tidak dapat mempertahankan dua pingat emas yang dimenangi pada Sukan SEA di Korat.

"Pelayar Singapura meningat dengan cepat dalam acara ini dan kebanyakan pelayar Malaysia pula pertama kali bertanding dalam Sukan SEA," katanya.

Dalam edisi Korat, pasukan pelayaran memperoleh dua pingat emas, dua perak dan empat gangsa. Acara itu tidak dipertandingkan pada Sukan SEA di Laos, dua tahun lepas. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan