Katrina Ann Shreen Raih Emas Malaysia Ke-45

Diterbitkan: Sabtu, 19 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PALEMBANG: Atlet renang berirama Malaysia, Katrina Ann Abdul Hadi dan Shareen Hui meraih pingat emas pertama pada hari pertama pembukaan acara renang berirama Sukan SEA ke-26 di Pusat Akuatik Jakabaring di sini, Sabtu.

Kedua-dua atlet itu menggondol pingat emas Malaysia yang ke-45, sasaran pingat terbaru yang ditetapkan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Katrina Ann dan Shareen memukau penonton di pusat akuatik ini dengan rutin yang menarik dan mengutip markah tertinggi 76.125 mata iaitu 37.750 mata bagi gerakan dan 38.375 mata bagi kesan keseluruhan.

Pingat perak dimenangi perenang Singapura Stephnie Chen dan Cyrstal Yap dengan mengutip 72.750 mata, manakala perenang tuan rumah, Adela Amanda Nirmala dan Sabihisma Arsyi meraih pingat gangsa dengan 71.000 mata.

"Kami gembira menjadi antara penyumbang pingat emas Malaysia dan kami tidak menjangka untuk memenangi perlumbaan ini memandangkan perenang Singapura juga bagus," kata Shareen yang berusia 27 tahun.

Tambah beliau mereka telah menjalani latihan keras untuk rutin baru bagi menghadapi Sukan SEA sejak Ogos selepas menyertai Kejohanan Dunia FINA di Shanghai, China, Julai lepas.

Dua jam kemudian, kedua-dua perenang itu berpadu tenaga dengan enam atlet renang berirama Malaysia untuk meraih emas kedua Malaysia dalam acara rutin teknikal berpasukan.

Berpakaian renang berwarna oren dan berjalur hitam dan diiringi lagu rasmi Piala Dunia 2010 nyanyian Shakira Waka Waka, Its Time for Africa dan K'naan's Raise Your Flag, beraksi sebagai sebuah pasukan bola sepak, mereka berjaya menjulang emas bagi negara dengan catatan 74.750 mata.

Pingat perak dimenangi pasukan Thailand dengan mencatat 70.750 mata, mankala tuan rumah, Indonesia memperolehi pingat gangsa dengan 70.375 mata. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan